Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah

Kehidupan umpama wayang..... dan pelakonnya adalah aku, kau, mereka, dia dan yang seangkatan dengannya..... ada yang membawa watak jahat, baik, tengah2 dan... apa pula perwatakan kau... pewatakan aku.... hanya orang terdekat yang tahu....

Perlukah kita kekal dengan watak2 itu dari mula sampai akhir???

Hijrah.. hayatilah erti perjuangan dan pengorbanan...

Thursday, October 28, 2010

Raikan Cinta


Tajuk tak kalah macam judul lagu apa-apajerlah.... salam u all..... ahkak teramat buzy.. walau cemanapun kena sapu sawang sikit umah maya aku nih... lama benor idak update. Banyak bender nak citer tapi mandangkan masa tidak berapa rela untuk teman berlama-lamaan di sini so aku hupdate mana yang penting ajer..

Semalam adalah hari bersejarah buat aku dan en suami... 'Selamat Ulangtahun ke-3 pernikahan kami' tak ada sambutan rasmi tapi kek tetap di hati acara wajib sempena hari peristiwa. Alhamdulillah mudahan ikatan perkahwinan yang dibina bertambah kukuh dan saling faham memahami.... Mudahan bertambah2 rezeki kami dan mudahan dikurniakan cahaya mata dan kesihatan yang baik. Ameen..

Esok pun adalah hari penting.... kiranya double celebration dalam bulan Oktober nie. Esok adalah Besdei En. Suami... Rasanya nak bagi hadiah apa ek?? kawan2 ada cadangan? En Suami peminat No. 1 F1 tapi tak mampulah teman nak beli Kereta Ferrari hehehe....

Oklah sebelum teman cau... esok adalah hari cuti-cuti malaysia kita orang, acara wajib jugak tiap2 tahun... eh gua pun ada kalendar tahunan okey... ingat budak sekolah jer ker.... doakan perjalanan kami selamat yer. tata.....

Thursday, September 30, 2010

Kembali Terjalin..

Aktiviti makan-makan lewat malam telah bermula kembali. Kali ini aku teringin sangat makan roti canai garing. En suami macam biasalah order roti tisu.. tapi sebelum hantor roti tisu yang betul mamak tuh dengar salah diingatnya roti susu hahaha...

Kebetulan pulak ada mamat hensem masak char koew teow kat tepi kedai mamak nih... apalaga orderlah satu... memang marvelous... cukup sifat dan sedap.. udangnya boleh tahan segar....

Oh mesti nak tau kat mana ek.. kat seksyen 15, BBB.Malam2 memang happening... lepas tuh ada macam bender yang boleh sedut2 wangi2 tuh.. macam kat arab jer.. eh itu halal ker???






























Tuesday, August 24, 2010

Pertengahan Ramadhan....

Sedar tak sedar, dah masuk hari ker 15 Ramadhan.... rasanya bulan puasa kali ini adalah paling cepat dan agak penat semuanya terkejar2.. Banyak bender tak prepare mujurlah aku dan en suami dah tempah baju raya awal2 hari tu .. kalo tak memang tak berbaju barulah... Ngalahkan jaman budak2 dah tua2 pun nak baju baru :)

Minggu depan dah start tolong mak men buat biskut raya.... Tangan aku nih tekan2 n ketuk2 keyboard retilah, masih dalam proses belajar buat biskut raya maklumlah setahun sekali baru buat tu yang lupa sokmo... Biskut Mak men i sangat sedap oke.... Malu tapi mahu.. hehehe...

Kepada kawan2 yg terjah ker rumah maya nih... sempena bulan baik lagi berkat ini... marilah kita perbanyakkan bersedekah.. tingkatkan amal ibadat semoga kita dapat berkongsi kemenangan di Bulan Syawal nanti....

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Thursday, August 12, 2010

Ya Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik untuk aku menunaikan ibadah puasa.. Mudahan Bulan Ramadhan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Banyak perancangan yang masih belum aku lunaskan dan semoga sempena Ramadhan yang mulia ini akan memudahkan segala perancangan.
Dengan rasa rendah diri, pada teman2 yang singgah ke rumah maya aku ni, aku mohon maaf atas kesilapan yang pernah ku lakukan. Mudahan keberkatan ramadhan yang dicari dipertemukan..... InsyaAllah....

Sunday, August 8, 2010

Terbang

kali pertama aku...... mengenalimu....

Buat kali pertama aku naik Air Asia dan buat kali pertama 5 minit lepas berlepas aku tido sampai 1 1/2 jam... bangun jer tgk sungai Rajang yang cantik bangat... Subhanallah....

Friday, July 30, 2010

Bila Minda Berbicara

Langkah demi langkah kuayunkan kaki.... menyusup tamparan angin menusuk kalbu, hati dingin membeku... mengharap sirna menyuluh ke alam tanpa paksaaan.. ternoda ia oleh awan kelabu... alam gelita.. aku pasrah pada tangan-tangan yang tanpa segan silu mengaku kemenangan menunjuk lagak kemegahan....

Aku berpaling.....

Saturday, July 24, 2010

Bila Minda Berimaginasi

Sedar tak sedar lagi 2 minggu kita nak sambut Bulan Ramadhan.... Time2 cengginilah ramai yang baru nak ganti puasa termasuk aku jugak.... Mudahan Qada/sunat puasa kita diberkati...

Teringin lagi nak makan aiskrim Baskin Robbins, nak minum esteler ngan nak g william... ish sempat ker nak layan sebelum puasa nih...

Tuesday, July 20, 2010

Bagaimana......

Minyak Naik
Gula Naik
Tepung Naik....

Boleh Jamin ker ??
Rege roti canai tak naik
Rege Milo Ais kaww fav aku tak naik
Dan rege macam-macam barang aku nak beli tak naik??

Yerlah Rakyat Didahulukan.....

Friday, July 16, 2010

Feel Good

Lepas amek baju kat Tailor Kerinchi tu, kita orang makan kat Balifeel, Bangsar South.. akak Tailor yang rekomenkan... sedap okeh.. lebih sedap dari Ayam penyet... ahkak suke.. bolehla datang lagi.. kena tempah baju banyak2 nih :)


Besar hokey saiz ayamnya... kenyang bangat
Nasi Uduk.. tapi aku rasa cam nasik biasa jer..

Esteler yang ada Semangka.. memang enak





Wednesday, July 14, 2010

AWAS!! Ini Bukan Iklan Tempahan Baju Raya






Sebenarnya dah lama aku beli benda nih bulan 12 tahun lepas sempena duit bonus... adalah sangkutkan sesuatu buat kenangan... Tapik baru 2 kali jer aku pakai tupun masa kawan aku ajar buat baju kurung 2 bulan lepaih sampaila nih tak siap2 lagik bilalah dia nak datang ajarin aku nih... lagi satu aku try pakai semalam tuk jahit kain. Aku blank okey, sampai nak masukkan benang dalam sekoci pun en suami yg buat hahha aku bab2 ikut arahan fail...
Apapun aku berjaya menggunakan mesin jahit singer ini sungguh best sekali.. dan aku berazam nak buat baju kurung sendirik....

Sunday, July 11, 2010

Apa nak jadi......

Dah lama aku tak timbang berat adalah dalam 3-4 minggu biasanya tiap2 hari aku timbang sama jer idak turun2... belakang... lepas aku layan gulai tempoyak ikan patin hasil masakan seni aku.... terus melonjak menambah bukan sekilo tapik berkilo2..... Gua rasa mau luahkan balik apa yang dimakan selama 2 minggu ini... harusker??

Friday, June 25, 2010

Jabulani

Makan bola
Tido Bola
Mimpi Bola
Sejak Demam Bola nih dah lama aku tak masak malam...

Apapun aku sokong Brazil, Argentina dan Korea Selatan....

Hidup Jabulani!!!

Tuesday, May 25, 2010

Kerja Giler

Hasutan dr budak opis... akupun dok bertungkus lumus menghabiskan siri drama Korea you're beautiful nasiblah 16 episod jer... malam tadi sempat layan 14 episod, ngadap pc sampai kul 5 pagi.. oo kebetulan sebab en suami o/station kalo tak jangan harap.....

Dahsyat sungguh penangan drama korea nih... memang tak tertahan-tahan nak tgk sampai last episod. apesallah citer melayu tak camni!!

Memang best jalan citer.. aku biasalah teremo kalo sedeh2 ni heheh...

korang ada lagi kah citer yang best ?? kasi tau teman yer..

Wednesday, May 19, 2010

Renung-Renungkan Selamat beramal

Aku copy paste dari blog http://knvogue.blogspot.com/. Mudahan dapat dikongsi oleh rakan blog dan FB, ingat mengingati sesama kita.. Memang kebiasaannya kita terdorong untuk menceritakan apa keburukan/kelemahan diri sendiri/sesorang yang mana sekiranya betul amat MENGAIBKAN dan sekiranya tidak betul jatuh hukum MEMFITNAH justeru berfikirlah dengan waras sebelum BERtindak.

(from www.zaharuddin.net)
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej
kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa
cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut
kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu
banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara,
iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak
langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah
terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga
melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar
pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah
tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka
kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung.
Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan
pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian.
Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang
diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh
sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara
terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan
sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya,
hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai
autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh
berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh
juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi,
Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri)
TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia
dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan,
tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara
tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada
juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya,
bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua,
rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar
mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda.
Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana
yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang
wajar.


2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah
menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian
terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan
gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi
kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula
lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan
suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian
kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih
merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya
memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat
‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan
memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran
nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut
di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita
ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama,
sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya
masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana
ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri
zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar
isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang
sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya
mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang
kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si
lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita
tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula
menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh
dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya.
Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh
gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah
menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang
yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend
untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad
dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah'
difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar
tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah,
mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut
pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu
sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar
mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah
gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah
pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah
tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti,
terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin
menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh
wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan
isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi
mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada
kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak
juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain
seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi
tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan
kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu
disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh
semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu
tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru
penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.


b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga,
justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam
rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat
ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat.
Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda'
boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih
tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling
kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas.
Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh
‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun,
penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.


c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu,
walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia
tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan
baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan,
tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai
kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian
disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti
mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau
tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda,
namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu
sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah,
berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau
sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan,
imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi
wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis,
adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu
macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan
menasihat.


Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra
caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan
punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku
ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu
zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa
yang sepertinya.


Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila
berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi
solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah
mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak
mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai
mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi
baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN


Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul,
boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi.
Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.


Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya
tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di
antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga.
Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.


Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah,
mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan
fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Saturday, May 15, 2010

KACIWA

HUHU main macam sayo

Wednesday, May 12, 2010

Demam Badminton

Cuak jugak tgk Team Badminton kita ngan Jepun pun kita boleh tewas... Aku harap petang nih kita dapat kalahkan Denmark... untuk Team wanita kena ada suntikan baru nih....

Cadangan akula supaya hentikan jer rancangan realiti hiburan cam AF tu.. tukar kepada Akademi Badminton... boleh jugak kita menggilap atlit untuk mengharumkan negara... dari dengar suara sumbang mambang....

Sedei Wei 18 tahun menanti!!!!

Tuesday, May 11, 2010

Kawan Lama



Ini kisah masa 1 Mei 2010, buat reunion geng2 masa form 5, patutnya ada sorang lagik tapi dah terbang cuti2 ke Singapore.. walau 3 orang tetap kecoh macam 10 orang... jumpa kat KL sentral then ke KLCC... borak punya borak boleh salah arah naik LRT.. hahaha... tulah mengimbau kenangan lama adalah saat paling best dan kita orang gelak macam haper jer...

Sweet Memories....

Monday, May 10, 2010

Cerita Kampung Ku

Minggu lepas aku balik kg.. Kebetulan sempena hari Ibu... Walaupun tak terluah dengan bicara yang sesunggunya aku sayang mak aku namun aku harap mak faham yang anak dia nih memang brutal :))

Seperti biasa kalo time balik kg aku mesti masak resepi jawa nih.. ikan keli sambal santan.. senang jer nak buat ikan keli kalo nak sedap panggang.. tapi kita org goreng jer hehe. Untuk kuahnya.. bumbu senang saja.. cili padi, belacan dan kalo tak ada yang satu nih tak jadilah.. iaitu biji dan daun cekur (kencur). caranya senanag jer tumbuk semua bumbu tu dan mayang daun cekur halus2. Santan pekat dari 1/12 bijik kelapa... campur bahan tuh dan panaskan dengan api perlahan... last sekali masukkan daun kecur, gasam keping, gula dan garam secukup rasa ikut tahap kesedapan masing.. makan dengan nasik panas.. masa nakmakan baru campur ikan keli ngan kuah.. dan nak lebih rasa kejawaannya... rebus pucuk ubi wallawei... orang lalu belakang boleh tak perasan!!!!

Aku sebenarnya agak hairan... sepengetahuan aku sebelum ini tengok pokok kunyit biasalah kalo kurus daun kecik, kalo subur daun lebat.... tapi yang aku nak cerita pokok kunyit yang matang akan mengeluarkan bunga.... dan aku tertarik dengan fenomena begitu makanya aku amek gambar bunga kunyit nih untuk dikongsi... subhanAllah...


Selamat Hari Ibu kepada Mak aku, Mak mertuaku.. ibu-ibu semua. bakal ibu.. dan semoga aku menjadi ibu yang baik suatu hari nanti.. InsyaAllah...






Tuesday, April 27, 2010

Makan2 @ D One Rest.BBB

Ini N3 aku bulan lepas...

Baru kusedar sejak dua menjak nih aku suka sangat makan steak. Aroma dan rasa daging yang diperap dengan rempah of courselah lada hitam sangatlah mencengkam... mana lagi tempat best?? Ada satu port baik kat BBB D'Ones Rest. yang menyediakan masakan western menu yang lain2 aku rasa ok tapi steak dia agak kureng.. kalo banding dengan Black Canyon sedaplah ia berkali2.

Sebagai jajan ini antara menu yang pernah aku makan...



the salmon - okla...



the chicken boxing n fries




mushroom soup n garlic bread - kali kedua order sop nyer cair :(



p/s : Sarin kalo kome pi sini singgah umah teman udah dekat atau belanja teman terus hehehhe








Sunday, April 11, 2010

N3 Ke Satu Ratus


Dah bersawang blog teman... Tapi demi merealisasikan n3 ke-100 ni kugagahi jua walau dilanda kemalasan mengemaskini blog tahap 7. Banyak catatan perjalanan yang telah ku kongsi dengan kalian...


sangat sedap oke
Ini kopi sangat best

Salmon pilihan En Suami




Ada citer sedih, keyboard lappy aku dah jam.. beberapa huruf dah tak berfungsi.. sadis betul... So akupun belilah keyboard tempelan.. walau agak kureng sedap .. redah ajerlah.... nak baiki agak mahal so untuk masa terdekat nih layan jerlah dulu... huhu












Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

12 RabiulAwal 1431 - Genap dua tahun beliau meninggalkan kami menemui Yang Maha Esa..... Mudahan roh arwah bapaku ditempatkan di kalangan insan-insan yang disayangi Allah. Alfatihah......

Tuesday, February 23, 2010

Penang Dalam Kenangan

Walaupun lari dari tarikh perancangan... Namun akhirnya sampai juga ke destinasi yang diingini... Yerr walaupun telah 2 minggu awal perancangan dibuat, yang mana sepatutnya hari Ahad bertolak, Benarlah.... Perancangan Allah Yang Maha Kuasa tetap mengatasi keterbatasan kita.

Alhamdulillah bertolak ke Penang hari Jumaat lepas setelah amek mak, dalam tgh hari sampailah ker umah makcik teman di Teluk Kumbar, Balik Pulau. Inilah tempat melayu.. nampak terpinggir dari pembangunan.. Menurut makcik, kebanyakan tanah-tanah melayu pun dah mula digadai kepada orang cina. Melayu mudah Lupa! Malah tanah milik jiran sebelah makcik aku pun dah jadik kepunyaan mereka... apa nak jadi 10 tahun lagi kehidupan orang melayu di penang ni.. Sekarang pun dah nampak kepayahan mereka...... (wei aku datang ni nak bercuti bukan dalam segmen Aduan Rakyat!)

Dua hari jer aku kat Penang, sampai jer makcik aku masak punyalah banyak... apa lagi makan lah dengan gembira. En. Suami yang dalam pantang pun pantang nampak heheheh... Petang tu pulak cari jeruk.. tak bermaknalah kalo ke Penang tak beli Jeruk. Agak murah kalo dibandingkan di GTown. Sebelum balik umah singgah ke gerai Laksa Janggus yang dikatakan glamer tapi memang betullah ramai betul orang kat situ.
Malamnya pulak makan the best Char Koew Teow in Penang.. Gerainya tak ada nama tapi tepi jalan raya di Bayan Baru. Udangnya lebat hehehe, oh en suami makan CKT kosong Okeh..
Hari Sabtu lepas zohor pelan terkejut pergi ke Bukit bendera. Aku pernah pergi dulu tapi itu cerita 6 tahun lepas masa tu aktif aktiviti lasak... Mendaki Bukit Bendera ok... Kali nih naik train la... ramai gila berhimpit2 dalam keretapi langsung tak dapat menikmati pemandangan kat situ... Tapi bila sampai kat atas memang cantik pemandangan Pulau Pinang.
Lewat petang baru turun dan sebagai sesi makan terakhir bersama makcik teman, kami dibawa ke Restoren Hameediyah makan nasik Beriani... Ok jugak... ayam dia sedap... martabak sedap, pasemboq tidak mengecewakan.. 4 bintang teman kasik...

Destinasi seterusnya.. tunggu....

Monday, February 15, 2010

Selamat Ulang Tahun

Semalam bertambah setahun usiaku, Alhamdulillah semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki....

Kali nie tak sambut pun sebab en suami masih lagi tidak sihat... Tapi tak apa boleh di bawa ke depan hehehehe...


Nota: Kek suprise tahun lepas...



Friday, February 12, 2010

Setiap Penyakit ada Penawarnya...

Alkisahnya, en suami hari nie terpaksa cuti kecemasan kerana kakinya kena gout agak kritikal jugakler malam tadik baru sengal2, pagik tadik kaki kananya udah tak boleh jalan, siap rendam ngan air garam pun masih sakit lagi. Time lunch tadi g Jusco beli blackchery, blueberry, strawberry dan buah delima, yang dikatakan boleh mengurangkan kesakitan kerana kandungan antioksida yang tinggi. Tapi memang sedap buah2 nih.. regenya pun sedap :)

So petang tadik aku balik keje awal sebab en suami tak makan dari pagi belikan bubur McD n ayam goreng pedas. Sepinggan jugakler buah2 tu bersih.. kondisi tika dan saat ini masih sakit lagi... Mudah-mudahan cepatla sembuh....

Lepas ni janji dengan saya jaga pemakanan tau!! jangan redah ajer :))

Thursday, February 11, 2010

Orang kata...

Jangan ikut Nafsu nanti lesu
Jangan ikut Rasa nanti binasa


Aku biasanya ikut gerak hati....


Monday, February 8, 2010

Belajar Masak-Masak

Semalam belajar buat Apple Pie ngan mak men. Ditilik2 idakla susah beno.. tapi selagi idak buat sendiri kepuasan memasak belum ada lagi.. ehem-ehem kena ada Oven sendirik nih....

Monday, February 1, 2010

Jalan-Jalan Ke Kuantan

Weekend lepas..
Apa lagi mestilah aktiviti makan-makan jalan-jalan....




Petang tu check in kat Hotel Vistana, first time dok hotel nih agak ok la... tapi bila tgk kat tempat reception tue ala2 motel ciner mana ntah taula nak sambut CNY.




Malam nyer plak makan kat Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur .. 1st time makan dulu, agak sedap ikan bakarnyer tapi kali ke 4 nih agak kureng... agaknya dah tukar tukang masak... Tapi sotong goreng tepung ngan lala masak sambal superb... Udah nak abes baru teringat nak amek gambar hehehe...





Jalan-jalan ker Teluk Chempedak, first time nih tu yang ala2 teruja sikit.. ok jugakla.. sesuai untuk mandi, pantai cantik ada batu besar kat tepi pantai port tempat lepak... monyet pun ada.. memang best jugakla... Tapi idakla sempat mandi tak plan pun nak g situ, mungkin next time...




Kali ke 4 gak g Kemaman Kopitiam nih... memang semcam jer kalo dah pi kuantan tak layan... aku order air baru choco lover.. memang sedaplah cam biasa mesti ada roti bakar dan roti stim baru lengkap hehehe.

Balik tur beli jugak lah kepok lekor Kuantan, ada orang kata sedap tapi tempat aku beli nih banyak tepung agaknya salah kedai kot area Tanjung Lumpur jugak tapi belah depan.. x sempat nak menjelajah... masa dah time.. :)


Ke mana plak destinasi seterusnya/// tunggu yerr!!

Saturday, January 23, 2010

Tak Boleh Tahan Menanggung Rindu Makanya.....


Tanpa rasa bersalah tuee, heaven........

Lepas nie kena cekal......

Wednesday, January 20, 2010

Percubaan Untuk Kurang Makan Nasi


La nih time lunch aku layan tgk Internet... kiranya Internet ganti lunch aku la.. dengan andaian akan mengurangkan jumlah nasik yang diambil... kalo kat umah time dinner aku nak layan aperlak... alahai...




Thursday, January 14, 2010

Ceriakan Hidup Anda

Bagi mencapai maksud di atas antara saranan adalah menukar kaler blog anda... Ada berani.. kena refresh dan hasilnya menceriakan aku.. anda bagaimana??

Tuesday, January 12, 2010

Yahuuuuuuu

Saat yang dinanti telah tiba, Alhamdulillah bolehla shoppingg.. opssss!!

Pecah Kaca Pecah Gelas...

Malam tadi aku terpecahkan botol Perfume beli masa sale dulu ni gara-gara sembur nyamuk..... nasib ler bukan perfume Fav kalo dak menangis teman... pagi ni plak aku terjatuhkan gelas hotel hahaha bukan salah aku meja tu yg gerak2 angkat laptop, kain alas melekat kat laptop... tak dapat diselamatkan...

Ikut sejarah aku, dah banyak kali aku pecahkan barang... huhu apala nasib orang kata benda tak baik berlaku kalo bender jatuh dan pecah.. Mohon dijauhkanlah... Jangan jadik muka pecah rumah udahle!!

Sunday, January 10, 2010

Bersusah-Susah Dahulu Berjimba Jimba Kemudian :)

Assalamualaikum,
Agak terlewat untuk N3 Tahun baru tapi masih sempat lagi untuk buat statement azam tahun nih. Sebenarnya tiap2 tahun baru azam masih jugak sama seperti tahun-tahun yang lepas berkobar-kobar tapi masih tetap lalala jugak. Aku rasa ramai jugak yang ada azam seperti aku nih antaranya nak kurus, oh ya malam nih teman makan sop sajer, malam esok belum tahu lagi. Harapan tahun ini nak turunkan berat dalam dalam 6 kg so korang ada berani?? So kawan2 yang tau azam aku nih jangan bagi aku makan banyak... kalo nampak tur tegur2 sikit maklumlah bila nampak makanan sedap dan menyelerakan teruja lebih lupa bab nak kurus. Alah korang pun samakan!! so ingat mengingatilah hehehe....

Ada lagi...... azam seterusnya nak menyimpan setiap bulan sekurang2nya 10% dr gajik bersih nak beli Honda City (majuk plak Abg Isa aku nanti)... hagak impian setinggi gunung tur... tunggulah 10 tahun lagi hahha... Tapi biasalah selalunya tak lama duit dalam akaun tur gatal tangan lagi2 kalo ada sale kat Sogolah Juscolah Parksonlah... dugaan betul. Merekalah yang bersalah!!

Oh ya yang semua di atas start bulan Feblah... pasal bulan nih asyik aktiviti makan-makan saje... dan gajik bulan ini aku dah tershopping so masih acilagi kalo aku start bulan depan.. okeh!! korang pun kalo rasa bleh ikut azam aku nih Cobalah mana tau berkat 2010.