Tuesday, February 23, 2010

Penang Dalam Kenangan

Walaupun lari dari tarikh perancangan... Namun akhirnya sampai juga ke destinasi yang diingini... Yerr walaupun telah 2 minggu awal perancangan dibuat, yang mana sepatutnya hari Ahad bertolak, Benarlah.... Perancangan Allah Yang Maha Kuasa tetap mengatasi keterbatasan kita.

Alhamdulillah bertolak ke Penang hari Jumaat lepas setelah amek mak, dalam tgh hari sampailah ker umah makcik teman di Teluk Kumbar, Balik Pulau. Inilah tempat melayu.. nampak terpinggir dari pembangunan.. Menurut makcik, kebanyakan tanah-tanah melayu pun dah mula digadai kepada orang cina. Melayu mudah Lupa! Malah tanah milik jiran sebelah makcik aku pun dah jadik kepunyaan mereka... apa nak jadi 10 tahun lagi kehidupan orang melayu di penang ni.. Sekarang pun dah nampak kepayahan mereka...... (wei aku datang ni nak bercuti bukan dalam segmen Aduan Rakyat!)

Dua hari jer aku kat Penang, sampai jer makcik aku masak punyalah banyak... apa lagi makan lah dengan gembira. En. Suami yang dalam pantang pun pantang nampak heheheh... Petang tu pulak cari jeruk.. tak bermaknalah kalo ke Penang tak beli Jeruk. Agak murah kalo dibandingkan di GTown. Sebelum balik umah singgah ke gerai Laksa Janggus yang dikatakan glamer tapi memang betullah ramai betul orang kat situ.
Malamnya pulak makan the best Char Koew Teow in Penang.. Gerainya tak ada nama tapi tepi jalan raya di Bayan Baru. Udangnya lebat hehehe, oh en suami makan CKT kosong Okeh..
Hari Sabtu lepas zohor pelan terkejut pergi ke Bukit bendera. Aku pernah pergi dulu tapi itu cerita 6 tahun lepas masa tu aktif aktiviti lasak... Mendaki Bukit Bendera ok... Kali nih naik train la... ramai gila berhimpit2 dalam keretapi langsung tak dapat menikmati pemandangan kat situ... Tapi bila sampai kat atas memang cantik pemandangan Pulau Pinang.
Lewat petang baru turun dan sebagai sesi makan terakhir bersama makcik teman, kami dibawa ke Restoren Hameediyah makan nasik Beriani... Ok jugak... ayam dia sedap... martabak sedap, pasemboq tidak mengecewakan.. 4 bintang teman kasik...

Destinasi seterusnya.. tunggu....

2 comments:

Atikah said...

Salam...

P penang tk jumpa sahabt kita kt sana ker?

seri said...

Trip 2 hari jer tak cukup tapi sempatlah aku tepon ada sore lelaki sebelahnya jeng-jeng jeng.. abesla kalo kawan kita baca komen... ))