Lepas Maghrib aku, Ain, zizah sekereta. Zizah ni baru jer aku hasut untuk mengikuti rombongan ke william's. Malu-malu kucing dia nih.. Kak Ayu, Nili dan watie masing2 berkereta sendirik. Kak Ayu datang paling awal, booked tempat duduk memang stategiklah hehe. Gerai william's nih kat Taman Mayang Petaling Jaya, seberang jalan stesen LRT Kelana Jaya sonang ja nak cari tapi kena masuk dalam sikitla..
Time nak order aduhai masyaAllah tuhan jer yang tau betapa riuh rendah ngalahkan apek jual ikan. Situasi itu berpunca kerana di william's Corner nih tak ada sebarang menu dan hidangan yang termasyur kami perolehi dari Internet sahaja. Tapi ada jugak aku terpandang kat Greenboard dekat dapur William's tu tapi halus sangat. Sibuk-sibuk dok bertanya kat uncle William's tu (komer betul ker nama dia tur) pasal menu yang best dan setelah berpuas hati hasilnya kami telah mengorder :-
1. Carbonara Seefod - 5 bintang
3. Nasi goreng petai seefood, penuh sotong ngan petai, 5 bintang
4. Inilah ropernya Ribena Laici dan Ice blended Durian Belanda +Avocado + Kiwi memang superb, 5 bintang!! tu hp camera woman.. hehehe
5. Last menu yang memang sedap sebab ada rasa spicy Meatball Pasta Arabiata. 5 bintang juga.
Gambar-gambar adalah ehsan blog ckucin dan untuk mereka yang belum rasa makannya memang sodapp, harga makanan antara 20 - 35 hengget dan airnya pulak untuk ribena laici RM 7 hengget dan Ice blended Durian Belanda + Avocado + Kiwi RM 12 Hengget. Kalo tak berapa kaya boleh share-share macam kita orang hehe.
Mengah lepas makan mana taknya datang jer hidangan terus serang cam pirana... kalola ada bakal mak mentua komer, memang sentap deme.. aku terkecuali yer ahaks....
1 comment:
mengah jugerr nak bayo teww kannns..
Post a Comment