Monday, May 18, 2009

Aku Alergic?

Sebenarnya dah lama aku mengalami penyakit alahan ni. Tapi masa tu tak tahu apa puncanya. Yang aku ingat masa moder2 dulu suka melancong ke pulau... bila tiba aktiviti berasaskan air spt menyelam, snorkeling tangan aku di kawasan lengan atas akan naik merah2, mulanya ingat bese2 jer tapi sampailah sekarang kalo g mandi laut benda sama akan berlaku. Aku alergic pada air laut, sampaikan aku jalan tepi pantai amik angin pun akan naik merah2, Makanya aku kena pakai lengan panjang kalau ingin ambil angin.. geng aku kata aku terkena gatal obor-obor masa berenang kat pulau dulu.. emmm alahai/..

Alergic di tempat yang sama turut berlaku bila aku berada ditempat yang panas huhu pakai lengan panjang pun tak jalan.....

Sekarang bertambah pula Alergic aku pada makanan seafood. Aku rasa boleh makan tapi betul2 yang fresh dan dalam kuantiti yang sedikit. Kebetulan semalam makan tgh hari kat umah makcik aku. Menu utama tomyam seafood apa lagi aku makan tak hengatla... balik udahla tengah panas terik, terus gatal2 di tempat yang sama. Sudahnya aku mengalami merah-merah dan gatal amat. Terpaksalah makan ubat alergic . Aku nih sebenarnya memang tak suka makan ubat. Pernah hari tu aku biarkan jer gatal aku tur sampai lah ke tidur. Dalam mimpi aku tengah mengaru tempat yang gatal. Rupanya bangun jer tangan aku dah luka2 berdarah... huhu...

3 comments:

Anonymous said...

Pertama !!!

Atikah said...

Dah tahu alegic awat makan tak hinggat dunia?

seri said...

Baru tau ma aku alah pada apa.... huhu