Tuesday, March 10, 2009

Nasib Badan

Minggu lepas cuti 3 hari sempena Maulidur Rasul, aku dan En. Suami bercuti di kampungku di Teluk Intan. Kami bertolak ke kampung pada pagi Sabtu dan sampai ke Teluk Intan dalam tengah hari. Hari Ahad g kenduri kawin saudara Mak kat kg Mak di Chenderong Balai. Besar-besaran, siap ada sop lembu memang sedap banget...


Kebetulan makcik sekeluarga dari Penang datang jugak kenduri so lepas balik kenduri kami berehatlah kat umah pakcik aku yang kami panggil Paman Wah yang tinggal di kawasan tanah pusaka arwah embah jugak ler. Kami siap buat air kelapa muda. kat umah paman banyak pokok kelapa. Memang bestlah. Menjelang petang dalam kul 5 kami pun balik ke rumah.


Walaupun cuti sampai Senin tapi kami bercadang nak balik hari Ahad petang sebab banyak bender tak settle lagi, nak kemas umah, basuh baju, beli barang dapur lagi.. Lepas hantar mak konon nak balik terus tapi seperti biasa aku dan En Suami berehat dulu telajak sampai maghrib. Dalam kul 8 malam bertolaklah kami ke KL melalui Bidor. Belum sempat sampai ke Ladang Bikam sepanjang L/Raya tur jem giler bayangkanla katak melompat pun lagi cepat... dalam terhenjut-henjut En Suami bawa keter akupun kejap2 terlelap kejap2 terjaga, Sian En Suami ada satu masa tur aku memang lena...

Seingat aku dekat kul 1.00 pagi baru habis redah jem tu pun dah nak dekat Behrang.. Bayangkanlah... berapa jam kami dalam kesesakan yg luar biasa. Pulak tu banyak kete yg tersedai kat tepi h/way, para pemandu merehatkan jiwa dan emosi... Aku yang tidak memandu pun lenguh kaki tangan apa lagi En Suami.... Rupanya ada Giant Crane Cable terbakar kat L/Raya Behrang pada malam Sabtu, belum sempat dialihkan tu pasal jalan ke KL ditutup terus dan dilencongkan ker jalan bertentangan dengan hanya satu lorong.. Bayangkanlah.....

Seingat aku hampir 4 pagi baru sampai ke Bangi... sampai2 terus zzzzz. Agenda Ahad dimulakan selepas kul 10 haha......

P/S : Nak Post N3 ni awal pagi tadik... tetiba Internet downlah.. Plus ada keje terkejut2 dari Big Bos.

1 comment:

Ain said...

Aku tak bayangkan camne teruknya jem tu yg katak melompat pun lg cepat..aduhai..mesti penat giler...