Friday, March 20, 2009

Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL)

Entah mengapa minda sedar ku ini secara tiba-tiba menyusuri kenangan lalu. Semasa aku di tingkatan 6 bawah ramai senior aku mengatakan bahawa peperiksaan STPM ini sangatlah susah dan ada yang menyarankan terus ambil Diploma. Benarlah kata mereka memang susah lebih-lebih lagi aku yang kaki berangan bukan kaki study.

Penghijrahan ke kota besar Kuala Lumpur bermula apabila aku berjaya menamatkan peperiksaan STPM. Diri ini yang telah lama kepingin ke sana akhirnya tertunai. Dan dengan pertolongan seorang sahabat (kenal semasa sekolah rendah lagi) yang sangat ku hormati dan sayang memudahkan lagi proses pencarian kerja ku. Dalam masa kurang seminggu aku telah pun bekerja dan tinggal di rumah sewa sahabatku itu.

Terima kasih tidak terhingga kepada beliau yang sanggup berkongsi suka duka, susah payah dan sehingga kini ikatan persahabatan kami tetap utuh walaupun masing-masing telah mempunyai keluarga.

Benarlah kata pepatah kawan ketawa senang dicari..... Kawan sejati sukar dicari......
Benarlah kata orang jika kita salah memilih kawan, kita juga yang susah......


-Teman Sejati-

Selama ini Kumencari-cari Teman yang sejati
Buat menemani Perjuangan suci
Bersyukur kini PadaMu Illahi
Teman yang dicari Selama ini Telah kutemui

Dengannya di sisi Perjuangan ini
Senang diharungi Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah Kupanjatkan doa
Agar berkekalan Kasih sayang kita
Kepadamu teman Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan Segala-galanya...

KepadaMu Allah Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuanganPengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan Segala-galanya
Itulah tandanyaKejujuran kita

2 comments:

Atikah said...

Teman sejati... lagu kenangan di Rahim Kajai itu... rindunya...

seri said...

Kajai.. Kajai Pantang Kalah... semangat pahlawan.. :)