Malam tadi menu Dinner kami Patin Buah gulai tempoyak.... Ops.. bukan teman yang masak... dan bukan jugak en suami.. hehe tapau jauh nu kat RnR Temerloh Gerai No. 4, sementelah kelmarin en suami kerja luar ke Pekan. Semestinya setiap kali ke sana pasti ole-ole tersebut akan di bawa pulang. Rasanya dah dekat 4-5 kali jugak kes tapau menapau ni..
Malam tadi merupakan kemuncaknya teman makan dengan sepuasnya.. maklumla siang tak makan hehe.. Menjelang time nak tido perut teman udah pusing-pusing, panas-panas... sakit perut tahap 3, dua kali g bilik kecik.. itupun masih belum berhenti pusing...
En suami "mau bungkus lagi ke?"
Aku "Tak mau dah, buat masa terdekat ini hehe"
Wednesday, March 25, 2009
Friday, March 20, 2009
Kenangan Lalu Kuala Lumpur (KLKL)
Entah mengapa minda sedar ku ini secara tiba-tiba menyusuri kenangan lalu. Semasa aku di tingkatan 6 bawah ramai senior aku mengatakan bahawa peperiksaan STPM ini sangatlah susah dan ada yang menyarankan terus ambil Diploma. Benarlah kata mereka memang susah lebih-lebih lagi aku yang kaki berangan bukan kaki study.
Penghijrahan ke kota besar Kuala Lumpur bermula apabila aku berjaya menamatkan peperiksaan STPM. Diri ini yang telah lama kepingin ke sana akhirnya tertunai. Dan dengan pertolongan seorang sahabat (kenal semasa sekolah rendah lagi) yang sangat ku hormati dan sayang memudahkan lagi proses pencarian kerja ku. Dalam masa kurang seminggu aku telah pun bekerja dan tinggal di rumah sewa sahabatku itu.
Terima kasih tidak terhingga kepada beliau yang sanggup berkongsi suka duka, susah payah dan sehingga kini ikatan persahabatan kami tetap utuh walaupun masing-masing telah mempunyai keluarga.
Benarlah kata pepatah kawan ketawa senang dicari..... Kawan sejati sukar dicari......
Benarlah kata orang jika kita salah memilih kawan, kita juga yang susah......
-Teman Sejati-
Selama ini Kumencari-cari Teman yang sejati
Buat menemani Perjuangan suci
Bersyukur kini PadaMu Illahi
Teman yang dicari Selama ini Telah kutemui
Dengannya di sisi Perjuangan ini
Senang diharungi Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah Kupanjatkan doa
Agar berkekalan Kasih sayang kita
Kepadamu teman Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan Segala-galanya...
KepadaMu Allah Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuanganPengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan Segala-galanya
Itulah tandanyaKejujuran kita

Tuesday, March 10, 2009
Nasib Badan
Minggu lepas cuti 3 hari sempena Maulidur Rasul, aku dan En. Suami bercuti di kampungku di Teluk Intan. Kami bertolak ke kampung pada pagi Sabtu dan sampai ke Teluk Intan dalam tengah hari. Hari Ahad g kenduri kawin saudara Mak kat kg Mak di Chenderong Balai. Besar-besaran, siap ada sop lembu memang sedap banget...
Kebetulan makcik sekeluarga dari Penang datang jugak kenduri so lepas balik kenduri kami berehatlah kat umah pakcik aku yang kami panggil Paman Wah yang tinggal di kawasan tanah pusaka arwah embah jugak ler. Kami siap buat air kelapa muda. kat umah paman banyak pokok kelapa. Memang bestlah. Menjelang petang dalam kul 5 kami pun balik ke rumah.
Walaupun cuti sampai Senin tapi kami bercadang nak balik hari Ahad petang sebab banyak bender tak settle lagi, nak kemas umah, basuh baju, beli barang dapur lagi.. Lepas hantar mak konon nak balik terus tapi seperti biasa aku dan En Suami berehat dulu telajak sampai maghrib. Dalam kul 8 malam bertolaklah kami ke KL melalui Bidor. Belum sempat sampai ke Ladang Bikam sepanjang L/Raya tur jem giler bayangkanla katak melompat pun lagi cepat... dalam terhenjut-henjut En Suami bawa keter akupun kejap2 terlelap kejap2 terjaga, Sian En Suami ada satu masa tur aku memang lena...
Seingat aku dekat kul 1.00 pagi baru habis redah jem tu pun dah nak dekat Behrang.. Bayangkanlah... berapa jam kami dalam kesesakan yg luar biasa. Pulak tu banyak kete yg tersedai kat tepi h/way, para pemandu merehatkan jiwa dan emosi... Aku yang tidak memandu pun lenguh kaki tangan apa lagi En Suami.... Rupanya ada Giant Crane Cable terbakar kat L/Raya Behrang pada malam Sabtu, belum sempat dialihkan tu pasal jalan ke KL ditutup terus dan dilencongkan ker jalan bertentangan dengan hanya satu lorong.. Bayangkanlah.....
Seingat aku hampir 4 pagi baru sampai ke Bangi... sampai2 terus zzzzz. Agenda Ahad dimulakan selepas kul 10 haha......
P/S : Nak Post N3 ni awal pagi tadik... tetiba Internet downlah.. Plus ada keje terkejut2 dari Big Bos.

Friday, March 6, 2009
Impian
- Malam tadi aku dan En. Suami memandu bergilir kereta Honda Accord Gen 7.5. Mana tahu suatu hari nanti kami dapat memiliki Honda Accord Gen 8.0, Tuah ayam jantan nampak di kaki beb!
- Pagi tadi ronda-ronda kat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Dalam hati terdetik kalaulah dapat kerja kat situ alangkah.... dekat banget dengan kediamanku... bahagianya rasa...
- Lepas sarapan nasi lemak nampak model Slim World kat iklan online... bilalah aku nak mula proses me'ngurus' nie... kalo boleh ter'kurus' seperti 10 tahun yang lalu... sure guling2 korang (buat kawan2 masa belajar dulu dan kawan2 kat KTKM)
Monday, March 2, 2009
Ada Apa dengan 1 Mac 2009
Semalam 1 Mac 2009 tarikh istimewa buat kaum wanita. Selamat Menyambut Hari Wanita kepada wanita-wanita semua.
Dan semalam juga di sebuah restoren di Alamanda aku menikmati menu yang telah sekian lama tidak menjamahnya... memang sedap cuma air yang aku oder sangat kurengg en suami kata rasanya macam program susu sekolah hampeh tull dahle regenya mahal.... Apapun nasib baik makananya best dan petang itu kami pulang kekenyangan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)