Tuesday, December 22, 2009

Laporan Sepanjang Jalan

Haha agak ntah apa2 n3 aku nih... Asyik buat report jer blog akupun dah jadi cam Laporan Mingguan plaks :). Berikut adalah aktiviti sepanjang minggu lepas;

Jumaat-Cuti Umum Awal Muharram
Alhamdulillah.. sangat bermakna Setiap Awal Muharram nie, 1431, dah lengkap setahun aku pindah ke Bangi, lokasi yang sangat aku suka... dekat dengan semua kemudahan expecially rest. 24 hours McD :). So untuk meraikannya aku masak spagetti, makan sampai lebam.. hehehe

Sabtu
Atas permintaan En. Suami, Masak Nasi Ayam. Yang nie pun makan sampai lebam, jemput mertua, ipar n adik aku makan sekali.

Ahad
Rasa mcam hari raya plak pergi ziarah 2 pakcik n makcik masing-masing kat Puchong n Shah Alam.. 3 rumah terus.. Umah makcik 1st time bawak en suami makanya kena berlama-lamaanlah. Lewat malam baru sampai umah... Agenda adalah makan sampai lebam..


Kesimpulan,
Makan, Makan, Makan... Sungguh hebat sambutan cuti aku kali nih....


Wednesday, December 2, 2009

RaYa HaJi @ KoRbaN


Terlalu Istimewa Raya Haji kali ini......



Belajar membuat kek, Tapi sebenornya pemerhati saje :)



Teman Masak rendang daging Korban... Syukran :)



Alhamdulillah Tahniah kepada Sahabat teman



Oh yang ini tiada kaitan dengan Raya Haji, Ini masa makan steambot n grill kat Korean Rest. Nama tempat pun udah lupe. Ala yang kat Plaza Pantai.. Superb tapi pastu aku pening.



Sunday, November 22, 2009

POTONGGG!!!!!

Di suatu lokasi yang terpaksa dirahsiakan......

Berkumandanglah pukulan kompang dan nyanyian...

Potong.. Potong Potong Potong... Potong Potong Potong... Potong ajerlahhh...
Potong! Potong! Potong! Potong!

Rentetan kejadian yang kerap berlaku dewasa ini ekoran kegiatan ekonomi yang tidak stabil dan bagi mengelakkan kerunsingan fikiran MAKANYA.....

Sebelum POTONG


Semasa POTONG


Selepas POTONG


Kamu sudah POTONG???

Thursday, November 19, 2009

Tahajjud Cinta


Tetiba Jiwang plak kalo refer tajuk n3ku. Kali ni aku ingin membicarakan tentang album terkini Dato' Siti Nurhaliza (DSN). Tahajjud Cinta terkandung 8 buah lagu berunsurkan Ketuhanan, menyentuh jiwa.

Sebenarnya masa zaman sekolah aku tidak berapa suka beliau entah kenapa tapi itulah kata orang.. mulanya tak suka, jadi benci seterusnya merindu hahahaa... Ops ke isu lain pulak.. DSN aku kagum suaranya, penampilannya malah cara beliau melayan peminat.. tidak sombong. Oh ini komen peribadi aku..

Pertama kali aku ke konsert beliau kiranya lebih kurang 10 tahun yang lalu itupun kerna ajakan kawan ku yang dapat tiket free hehe... Setakat ini belum pernah ke konsert beliau yang berbayar.. Ada berhasrat tetapi masih tak kesampaian....


Saturday, November 14, 2009

Apa Makna

Orang kata mimpi itu mainan tidur
Ada yang kata mimpi itu penzahiran tidak nyata
Mimpikan seseorang dikatakan kita rindu
Malah jika kita takut pada sesuatu kita akan mimpikan jua..
Mimpi juga dejavu...
Mimpi perkara yang dikenang-kenang
Bermimpilah yang indah-indah..

Saturday, November 7, 2009

RINDU.......

Bintang malam katakan (sampaikan) padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi katakan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya
Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya
Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Ijinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan


by: Kerispatih

Sunday, November 1, 2009

Lunch @ Sari Ratu

Dikenali sebagai Restoran Nasi Padang yang juga menjadi pujaan En Suami. Sebelum ini aku pun tak tahu istilah nasi padang ni. Lebih kurang sama nasik berlauk cuma kebanyakan lauk yang di masak menggunakan banyak santan dan banyak minyak. Sesiapa yang sedang diet adalah tidak digalakkan! Aku esok baru nak diet hehehehe

Nasi Padang ni memang berasal dari Padang, Sumatera. Lauk yang paling popular antaranya gulai otak, dendeng belado, gulai tunjang, gulai nangka, gulai ayam, ayam bakar, sambal ijo dan sambal merah. Aku suka ayam bakar dia memang bestt dan kepada penggemar masakan lemak menu ini pasti tidak akan menghampakan kalian, percayalah...




Nah airnya jugak sangat enak dan menyegarkan. Memang lain dari yang lain sedap bangett.


Esteler pilihan En. Suami, Sama macam ABC tapi lagi sedap beb ada avocado, nangka, honey dew dan macam-macam lagi...



Pilihan teman, Apokat iaitu campuran Avocado, nangka dan coklat memang marvelessss



Ya udah, sampai ketemu di lain n3 :)

Saturday, October 31, 2009

Majlis Kawen

Tgh tadi sempat menghadiri majlis perkahwinan sepupu En. Suami di Seremban. Majlis pihak perempuan telah diadakan pada minggu lepas.. Dapat orang Perak juger.. bertambahlah kerabat teman yer... Makanan kenduri tadi agak sedap kira puas hatilah, itu yang terpaksa buat 2nd round hahaha... di tambah dengan cuaca yang tidak terlalu panas.. menyenangkan tuan rumah dan para tetamu :).

Pasangan yang diraikan sangatlah sweet gitu... Semoga perkahwinan mereka kekal dan bahagia ke akhir hayat serta dikurniakan anak-anak yang comel seperti mereka ini. :))



Pasangan ceria


Mak Men teman tengah menepung tawar

Kek pengantin nih sedap perisa cokelat

Sempat lagi menyanyi, Sporting giteww


Thursday, October 29, 2009

DOUBLE CELEBR8ION

Alhamdulillah baru lepas dinner sempena 2nd Anniv. and Hubby's Big Day. Adik ipar sponsored Cheesychoc and Mak Men jamu Bihun Sop Tulang.... Enak Bangat..

Untuk En Suami, Happy Birthday Moga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di Rahmati Allah. I'll Always With U... Hadiah seperti yang dijanjikan tungguuuuuu









p/s:- La nie tidak dibenarkan mengupdate blog waktu Office.... :(

Tuesday, October 27, 2009

2 Years Already

Alhamdulillah, Thank You Allah

Thursday, October 22, 2009

Kampungku Sudah Berjaya....


Lama juga bersawang blog aku nih.. Banyak betul peristiwa menduga dan mencabar akal dan mindaku.... Mudahan tuhan kuatkan kesabaran dan keimanan (ku) dalam menempuh ujian... Aku akui tidak ada manusia yang sempurna, Tidak ada manusia yang lepas dari melakukan kesilapan cuma... sekiranya diberikan peluang kedua untuk kembali ke pangkal jalan... Rebutlah sebaik-baiknya.. kerana tidak semua manusia mendapat peluang itu... Mudahan hari ini lebih baik dari semalam... Dan Hari Esok bertambah baik lagi........ Ops terjiwangle plak....

Oh ya.... Minggu lepas sempat menjenguk orang tua di kampung, rupanya dah nak musim buah... Lebat jugak pokok Rambutan ngan Cempedak mengeluarkan hasilnya... Maklumlah dah setahun lebih merajuk. Kalo zaman budak sekolah, aku paling suka musim buah rambutan.... makan sampai lebam hahaha.. Seronok dok kampung nih kurang tekanan.. kurang pencemaran.... tapi apa nak buat dah punca rezeki kat kota... Tapi itulah sekali sekala balik kampung inilah nikmatnya....



Ni pokok yang tak ikut musim suka hati jer nak berbuah



Buah Cempedak yang mak aku kata lagi sebulan nak masak




Ni buah yang ku tunggu-tunggu walau belum merah semua yang kuning aku dah kebas..

Wednesday, October 7, 2009

Ringkasan...

Emm Banyak citer nak update dari hari-hari terakhir ramadhan hinggalah hari ini.. Ada yang gumbira, sedih, terharu.. letih pun ada.. macam-macam adalah... tunggulah nanti akan ku update jugak....

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidil Fitri

Sedar tak sedar hari nie dah pun 26 Ramadhan lagi 4 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tentunya semua orang telah membuat persiapan baju raya, kuih raya (tak kesahler kuih tunjuk atau bikin sendiri) dan tidak dilupa duit raya untuk tetamu kanak-kanak.

Teringat pulak zaman kanak-kanak beraya, seronok tak terkira dapat baju baru, main mercun (masa tur halal lagi yer), bunga api dan paling best ada pesta panjut. Macam-macam bentuk antaranya yang aku masih ingat bentuk menara Kembar dan menara condong. Pagi raya masa dulu-dulu biasalah berkunjung rumah saudara dan jiran tetangga mengumpul duit raya hehehe. Sekarang rasain kita pulak memberi.

Zaman dah berubah kalo dulu-dulu masa zaman anak dara / anak teruna ada team kiranya persatuan belialah berkunjung ke rumah2 org tua sekitar kg untuk berhari raya. Masa tur geng anak dara ngan anak teruna asing, kalo terserempak malu-malu ayu gitu hahahaha. Ramai jugak kengkawan yang tersangkut... jodoh dekat... Seronoknya masa tur..

Zaman sekarang, jangankan anak-anak muda, budak-budak pun dah malas nak berhari raya, masing-masing sibuk dengan rancangan tv dan juga gadget mereka yang lebih menyeronokkan katanya..

Apapun caranya kita meraikan, ingatlah keluarga di kampung, ziarah menziarahi pada yang tiada kirimkan doa. Mudahan Syawal 1430 ini memberi keberkatan buat kita semua. Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin andai ada salah dan silap. Pada kawan-kawan yang balik kampung berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang...

Wednesday, September 9, 2009

LDP - Sesak kedua-dua hala

Aduyai.. pagi tadi kul 8 aku bertolak p keje kunun nak sampai awal kat opis selalunya aku sampai 9.15, ingatkan boleh sampai dalam 8.45 ker... Alahai... Sepanjang jalan dari Putrajaya menuju ker tol LDP makin lama makin sesak sampai tak bergerak dalam 2-3 minit... jalan di kecilkan... menjadi 2 lorong polis banyak aku ingatkan ada pemeriksaan polis. Lepas tu jalan ok sikit lega aku rasa tapi lagi 3 meter nak ker tol jalan masih sesak.. dari arah tol ker putrajaya lagilah sesak yang mana punca utama yang menyebabkan kesesakan adalah berpunca dari situ. Aku mendapat tahupun melalui radio ada paip besar pecah patutkan air mencurah-curah ingatkan ada rekahan bumi siap banjir lagik. Rupanya polis memastikan supaya kenderaan berat tidak melalui lorong yang berhampiran tempat rekahan tersebut. Dan kesesakan berterusan walaupun tak sehebat tadik hingga ker simpang opis aku... kul 9.27 aku sampai opis..

Syukur ada hikmah kalo aku datang opis cam biasa lagilah lambat.....

Thursday, August 27, 2009

Kenapa Wanita Tidak Harus Memaksa Pasangannya Ikut Bershopping

AMARAN!!! SANGAT BERBAHAYA..




p/s: Pasangan tak ikut tak ngape janji RM pasangan ikut :) kes kes kes

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Dengan kehadiran Bulan yang sangat dinantikan ini, kepada rakan-rakan kumohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan. Semoga Ramadhan kali ini beroleh keberkatan buat kita semua.

Tuesday, August 18, 2009

Musim demam

Ramai kalangan insan terdekat mengalami demam lebih 2-3 hari terkini en suami dapat mc 3 hari, adik aku kat kg pun dah 3 hari demam tapi dah baik semalam. Adik yang kat sini masih jugak demam dah lebih 4 hari so malam tadi aku hantar sepital mana tau lagi serius ker.. tapi alhamdulillah demam dah kebah tinggal pening jer. Ramai rupanya yang datang ke hospital takut terkena virus H1N1.



Terdapat kaunter Pengurusan Demam yang memantau gejala penularan H1N1 dan dibuka hingga ke 12 tengah malam.

Dr nasihatkan supaya banyakkan minum air kosong dan buah-buahan vitamin C. sekiranya Demam berterusan 3 -4 hari hendaklah berjumpa Dr. Kerajaan.

p/s En suami jangan lupa makan ubat yer InsyaAllah saya doakan mudahan cepat sembuh.

Sunday, August 16, 2009

Why I blog

Aku telah di tagged oleh en_me yang lumayan ittew, sungguh banyak insan2 yang di tagged olehnya 66 okeh dan aku di no. 56 susunan ikut abjad.... rajin sungguh en_me ittew..

Baiklah sementara ilham nak menulis tengah ado, jawapan bagi tajuk soalan di atas:-
  1. I follow : kawan-kawan ramai dah ada blog dan pernah jugak dicabar oleh mereka itu.. 'takkan tak ada blog tak rocklah ko.. hahaha'. Mulanya agak malu untuk memulakan maklumlah serba tak reti... tapi bila dah lama2 gitu dengan tunjuk ajar kawan-kawan macam syok plak.

  2. Catatan kehidupan : Seindah dengan nama blog ku ini (perasan okeh) "Sepanjang Jalan Kenangan" secara rutin akan memaparkan kisah-kisah benar sama ada suka, duka, manis, pahit dan seangkatan dengannya, bukanlah semua yer.. yang aku rasa penting dan sesuai untuk dikongsi dengan kawan2. Biasalah kadang-kadang kita tak terluah dengan kata-kata.. Yang mana elok bolehlah komer ikut yerr.
    Kenangan terindah untuk masa tua nanti...

  3. Mengisi masa senggang : Kalo dah dinamakan hobi sudah tentu akan carik masa untuk berblog. Mengunjungi blog kawan-kawan yang best-best ittew dan selalunya akan meninggalkan jejak.

Ini adalah antara jawapan 'why i blog' semoga en_me tidak tertunggu-tunggu lagi....

Terima kasih en_me. Blog anda yang best gittew...

Wednesday, August 12, 2009

Kibarkan....

Apa orang kata aku tak kesah, hak masing-masing tapi sebagai rakyat Malaysia kenalah ada rasa cinta pada negara. Lebih-lebih lagi hari KEMERDEKAAN ke-52 semakin dekat...



Tuesday, August 11, 2009

Apa kes..

Hari ini seharian aku diserang Virus M.A.L.A.S. Apa penawarnya??

Monday, August 10, 2009

Terlebih suka boleh jadi benci??

Lately aku macam tak selera nak makan ayam.. makan KFC x abes, makan ayam goreng biasa pun tak abes... agaknya terlebih makan ayam sebelum2 nie...

Dulu masa jaman sekolah rendah aku giler suka makan jeruk betik, boleh dikatakan hari2 wajib aku beli dan makan ngan kawan-kawan.. sampaikan ada satu hari tu aku mun mun... dan selepas detik itu sampai sekarang aku dah tak jamah jeruk betik...

Thursday, August 6, 2009

Duit Baru

Walaupun orang lain dah lama dapat pegang duit RM50 baru, aku pulak baru malam tadi merasa.... wangi betul baunya.. tapi duit-duit ini cuma transit sahaja... semuanya untuk bayar hutang...

Duit-duit di mana ko duittttt!!!. Kena cari Ibu Duitt nih!

Sunday, July 26, 2009

Akhirnya..........

Aku gumbira betul alhamdulillah setelah 3 bulan menggodek laptop Fujiku ini, Akhirnya..... dah boleh on Celcom Broadband. Sebelum ini dah beberapa orang yang expert IT tolong tengokkan tapi tak berjaya. Agaknya sebab aku dah bising-bising nak tukar laptop baru haha.... Laptop nih pelik sikit nak guna Celcom nih kena offkan function bluetooth dan WiFi. Jenama lain ok jer terus connect....

Friday, July 24, 2009

1st Anniversary

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan sama ada yang mengenali saya secara dekat ataupun secara virtual yang sudi meninggalkan jejak dalam blog saya. Tidak dilupakan kepada en suami yang memberi izin saya menulis serba sedikit mengenai aktiviti kami. Semoga N3 yang dipaparkan selama ini sedikit sebanyak memberi kebaikan dan kenangan kepada anda semua.

Saya berharap mudah-mudahan blog ini dapat mengeratkan silaturrahim antara bloggers dan 'sepanjang jalan kenangan' ini menjadi Kenangan Terindah.......

Di sini juga saya link kepada n3 sulong saya yang pada ketika itu saya baru bertatih. Terima kasih kepada kawan yang sudi mengajar saya membuat blog.

Salam Ukhwah,

24 Julai 2009 - Selamat Ulang Tahun Pertama Blog saya http://serikandi77.blogspot.com/

Wednesday, July 22, 2009

Mentadak Mentadu


Kenapa dengan tajuk di atas?.. Dinamakan sedemikian kerna rupa parasnya persis sang mentadak. Ya, itulah nama yang paling sesuai untuk dia. Dia baru jer hadir dalam hidup kami minggu lepas tapi en suami yang banyak menggunakannya... Aku baru 2 kali, 3 kali adalah pada pagi tadi kena ada semangat nak guna bukan apa kadang-kadang makanan depan mata pun boleh tak lalu kita jamah inikan pula sang mentadak...

Dengan semangat kekebayaan diri, ini ayat budak opis aku yang tengah diet haha, aku pinjam ek... memang bersemangat! disertai gesaan en suami sementalah dah beli kenalah pakai! Kami telah bersepakat membuat jadual pada hari bekerja di mana sidang petang adalah sesi beliau dan sidang pagi adalah sesi pasangannya. Maka atas sebab itulah aku kuatkan semangat walaupun pagi tadi sungguh liat untuk bangun pagi ekoran hujan yang lebat....

Walaupun cuma 1/2 jam, en suami selalu buat 1 jam (sebab lebih lemak kenalah lama... hahah jgn mara yer...) Memang berbaloi.. peluh jantan keluar... dengan skipping sekali... Mudahan semangat ini berterusan dan target hujung tahun nih dapatlah bergaya dengan kebaya lama yang tersimpan dalam kotak ittew....

Inilah sang mentadak, nama saintifik 'cross trainer'

Semangat serikandi.....

Monday, July 20, 2009

Dinner@Restoren Perantau....

Sejak kawen nih jarang2 dinner kat luar biasanya weekend jer... Minggu lepas sempat g Restoren Perantau yang dah lama tak dikunjungi. Masa zaman bercinta dulu, setiap minggu mesti ke sana hahaha agaknya kalo kerusi meja tur leh bercakap mesti boring dok tgk muka kami nih.... yang sipu-sipu... hahahaha..

Dulu masa bercinta, tengah makan pun masih jugak berbual-bual mesra... tapi bila dah kawen, dua-dua kusyuk menghadap makanan... dah nak abes baru perasan hahahahahaa......... eh tak sembang2 pun....

Dulu masa bercinta, di restoren itu air yang paling best lai chi kang dan sekarang bertambah-tambah enak.....

Kenangan Terindah....


Memang sedap... banyak aksesorinya..



Char koew teow... pun sedap gak



Fish N Chip, coleslawnya memang sedap
dah nak abes baru teringat nak tangkap... haha

Friday, July 17, 2009

Kisahnya....

Lunch tadi g buat terapi kaki ngan budak opis kat IOI Mall Puchong. First time kan tentulah teruja... masukjer kaki ke dalam kolam ikan tur terus aku menjerit hahahahha hah rasain satu mall tu dgr sore ku yg lari piching! hahah terkejut ler teman sebab ikan2 yang mungil dan comel terus membaham kaki..Geli dowh! tapi lama2 cam best plak. Terapi selama 10 minit memang puaslah.. kaki rasa bersih jer, perasaan saja atau sebab dah melayang 10 hengget... :)


Berpusu-pusu sang ikan menggigit kaki.....

Tuesday, July 7, 2009

kucari damai...........

Hujan Emas di Negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri..
Lebih baiklah di negeri sendiri

Wednesday, June 17, 2009

SORE YANG BENING

Betul ker turrr.. Selamat Sore temen-temen.... Dah petang gini baru nak post n3, 2 -3 harini tak ada yang menarik gitu... cuma aku ngan en suami menghabiskan masa lepas keje dengan tgk rancangan The Biggest Loser. Berkobar-kobar semangat nak menurunkan berat hahaha... Agak-agak komer boleh tercapaiker hasrat teman itu??

Nak naik senang nak turun aduhai... jenuh nunggunya... bersenam-senamlah jugak agaknya lepas senam menuju ker Seri Kemudi itu yang tak mahu.... Oklah tuan/puan semua teman berikrar dalam sebulan mulai mingu nih teman tidak akan makan roti canai dan teh tarik lagi... habisla semangat serikandi teman dah datang kes kes kes........

Wednesday, June 10, 2009

Mastan Ghani...

Ada korang tau apa aku nak citer pasal Mastan Ghani...

Emm dia nih dah lama ada, sebelum aku lahir lagi dah ada banyak keturunan pun sekarang... tapi kalo nak pekena aku tetap ngan dia jugakla. Akupun tak tahu apala yang semacam jer bila ngan dia bak kata en suami ada 'something' hahaha baru tau... hari tu orang ajak buat tak endah je... la nih.. dah tau rahsia asyik teringat jer....

Senang jer nak carik Mastan Ghani nih betul2 kat Bandar Tk Intan. Kalo dari Perpustakaan Awam Negeri Perak tur terus jer dan nampak deretan kedai makan ngan kedai gunting rambut belah kanan jumpalah Mastan Ghani Nih. Gerai dia Buruk jer tapi pelanggan datang tak putus-putus...

Apa yang Mastan Ghani ni ada yang selalu pengunjung akan datang lebih dari sekali.. rahsianya ialah Mee Rebus dan Rojak yang istimewa serta cendol yang asli memang lain dari yang lain.. aku selalu order mee rebus kuah campur (kuah mee campur ngan kuah rojak) memang enak..

Betullah en suami memang ada 'something'. Bolehla balik Teluk intan selalu :)...



Bulan depan kena layan lagi nih...

Tuesday, June 9, 2009

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Tengah hari tadi dapat emel dari seorang sahabat, Kak Effa mengirimkan emel yang bagus untuk dicontohi. Oleh kerana pesanan dan peringatan itu sangat baik maka aku postkan ke n3 ini untuk tatapan kalian... semoga menjadi tauladan kita semua InsyaAllah.

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati

Monday, June 8, 2009

Majlis Kawen Sini Sana Situ

Semalam kat kampung penuh dengan jemputan kenduri, dekat ngan umah aku jer ada 2 jemputan, kampung sebelah ada 2 jugak tapi idak larat nak pi :). Sehari sebelum kenduri aku g rewang umah jiran aku nih. Pertama kali menyertai.. biasanya ahli rewang nie jiran2 dekat dan sanak saudara. Seronok rupanya sebab sambil buat keje sambil sembang2 sedar2 keje dah siap :) di samping dapat mengeratkan silaturrahim. Biasalah hidup berjiran kalo kat KL buat haluan masing2.. Alahai teringat plak jiran umah yang baru lepas bersalin teman idak melawat lagik... ish ish ish. Bila balik keje jer dah malam.. weekend plak teman tak lekat kat umah camno tur??

Citer pasal rewang tadi.. pertama kali aku dapat tengok dan balut sendiri kuih koci... alah yang inti kelapa luarnya tepung pulut dibalut ngan daun pisang dan dikukus pastu makanlah heheh... enak... Selain itu kuih tradisi masyarakat jawa yang mesti ada kalo majlis kenduri ialah kuih gemblong. Aku tak sempat pun turut serta dalam pembikinan kuih tersebut tapi yang di beritahu oleh makcik rewang ianya diperbuat dari pulut yang dikukus, dicampurkan dengan kelapa parut yang telah digarami, kemudian ditumbuk menggunakan batang tebu... mm unik bukan??


Gambar agak samar-samar gitu....

Friday, June 5, 2009

N3 Tak Cuti Hari Jumaat

Jumaat, 5 Jun 2009 bersamaan 11 Jamadil Akhir yang kebanyakan syarikat memberikan cuti kepada pekerja sempena Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong esok dan juga sempena Cuti sekolah dan seterusnya majlis kawen sana sini.

Datang kerja punyalah tak ada mood (apesal opis aku tak kasik cuti huhu...) tu yang lewat sampai tapi balik nak sharp.. Udahla ramai kawan2 office bercuti.... Tapi tak apa aku pun tak sabor nak tunggu malam teman nak balik ke menara condong udah melambai-lambai kang lagi lama lagik condong plaks...

*gambar teman cilok dr Internet. Tk.

So selamat bercuti kepada kawan-kawan semua, yang balik kg berhati-hati di jalanraya dan yang berkahwin semoga berbahagia ke akhir hayat. Yang solo.. teruskan usaha mencari :)

Monday, June 1, 2009

Sempena Majlis Kawen Pn Nor Azlina

Memang nak masukkan event ini dari minggu sudah, Majlis perkahwinan Ina dan pasangannya telah berlangsung pada 23 Mei 2009 di Felda Jengka 19 tetapi gambar dari tuan punya diri tak dapat lagi so tangguhkan dulu n3 itu. Inilah antara gambar-gambar mereka. Semoga Mahligai bahgia yang dibina kekal hingga akhir hayat. Tahniah diucapkan...

Majlis Akad Nikah


Pn Ina dan pasangannya..

Apa yang nak aku citerkan ialah sebenarnya pasal ikan patin hehe. Lepas jer menjamu selera di rumah pengantin Pn Ina nie teman ngan hubby meneruskan perjalanan ke Pekan Temerloh, apa kami cari haha... itu yang kita nak bagi tahu :). Kami menuju ke gerai tepi sungai mencari gulai tempoyak ikan patin yang sedap di Gerai Lurah Semantan Temerloh yang dikatakan oleh Pn Ina dalam n3 Januari 2009. Memang nasib kami sangat baik sebab gerai yang dikatakan sedap itu masih bukak dan tetap ramai orang. Apa lagi.. memang dah simpankan ruang perut untuk menu itew. Memang world rasanya dan Ni LAh hasilnya..... dah habis baru teringat nak tangkap hahah.. selalu camgitu...
Licin seh..... Alhamdulillah

Friday, May 29, 2009

Perfumes Sale

Tgh hari tadi nili ngan Watie ajak g Metrojaya sale kat sec 15, Shah Alam. Apa lagi mandangkan udah lama teman idak membeli perfume, dekat 2 tahun dah stok yang ada udah habes. Worth it jugakla.. teman beli Lancome - Miracle (100 ml), Skyrose (100ml), eyeliner dan eyeshadow kopak jugak RM265.00. 2 tahun memendam rindu!! rasainn :).

Tapi perfume pujaan hati Hugo Boss - Deep Red tidak diniagakan... huhu

lalalallallaa

Wednesday, May 27, 2009

Phee Weeet......

Pagi tadi otw ke tempat keje, nampak 2 bijik kete nih, dua-dua pemandunya wanita tercabar teman!... smart giler mitsubishi lancer nih..... Agaknya dia tau aku nak tangkap dan-dan jer bawak laju....

Ni yang hitam


Ni yang merah... jatuh centa... :)

Tuesday, May 26, 2009

BAD MOOD !!

Aku sakit gigi, gigi geraham belah kiri atas tapi tak tahu mana satu.... penat aku dok rasa2 mana satu, takkanlah sakit semua huhu.. bab nak kena tampal tulah yang paling ngilu ish ish.. nie gara-gara terlebih makan ferreroroche ngan coklat Daim...

Monday, May 25, 2009

Sabar Menunggu

Bulan nie lambat betul rasanya gaji masuk..... RM mana ko RM .......

Wednesday, May 20, 2009

Yang Hangitt?

Mesti tertanya-tanya apa yang hangit hehe, alkisahnya, malam tadi aku ngan En. Suami makan kat pizza Hut Warta, Bangi. Sebelum pesanan diambil banyak betul kejadian-kejadian yang tidak kami ingini. Mula-mula parking kereta terlebih kawasan, tak pernah-pernah En. Suami buat, tapi mandangkan kete depan kecik kira tak kacolah, pastu masa di meja kat pizza sedang enak melihat menu kami didatangi oleh orang yang tak dikenali mengaku itu adalah tempatnya katanya dia kuar sekejap beli paper. Kami pindah ke meja sebelah dan akhirnya pindah ke tempat yang dekat ngan kaunter pembayaran hahaha puas hati.

Seperti bese aku akan order spaget meatball memang oklah. En Suami mesti order pizza pepperoni delight yang nipis tu aku tak tau apa nama penuhnya. Sop malam tadi sop ayam tapi agak kurengla cair semacam jer. Punyalah lama tunggu baru dapat galic bread. Besedah camtu. Pizza pun sampai tapi salah jenis yang tebal punya kami pun reject. kena tunggu lagi.. masa nak tunggu spaget aku sampai ngan stick bread, masa tu sop dah habis salah order punya pasal aku dapat refill sop ayam, kali nih sodap plak pekatnya.. pizza pun sampai.. samalah apa yang en suami nak tapi HANGITT bukan sikit2 tau... pahit lagi... kami pun reject.. Order baru so kena tunggu lagi sambil makan spaget, Order pun sampai kali nih... HANGATT siut siap kasik yang large... xtra cheese lagik... yummy.... plus refill air lagik... Kenyang sungguh siap bungkus x habes :)



Yang Hangit huhu....

lalalalala............


Yang Hangatt... Yummy......

Moral of the story: bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian... Boleh?

Monday, May 18, 2009

Aku Alergic?

Sebenarnya dah lama aku mengalami penyakit alahan ni. Tapi masa tu tak tahu apa puncanya. Yang aku ingat masa moder2 dulu suka melancong ke pulau... bila tiba aktiviti berasaskan air spt menyelam, snorkeling tangan aku di kawasan lengan atas akan naik merah2, mulanya ingat bese2 jer tapi sampailah sekarang kalo g mandi laut benda sama akan berlaku. Aku alergic pada air laut, sampaikan aku jalan tepi pantai amik angin pun akan naik merah2, Makanya aku kena pakai lengan panjang kalau ingin ambil angin.. geng aku kata aku terkena gatal obor-obor masa berenang kat pulau dulu.. emmm alahai/..

Alergic di tempat yang sama turut berlaku bila aku berada ditempat yang panas huhu pakai lengan panjang pun tak jalan.....

Sekarang bertambah pula Alergic aku pada makanan seafood. Aku rasa boleh makan tapi betul2 yang fresh dan dalam kuantiti yang sedikit. Kebetulan semalam makan tgh hari kat umah makcik aku. Menu utama tomyam seafood apa lagi aku makan tak hengatla... balik udahla tengah panas terik, terus gatal2 di tempat yang sama. Sudahnya aku mengalami merah-merah dan gatal amat. Terpaksalah makan ubat alergic . Aku nih sebenarnya memang tak suka makan ubat. Pernah hari tu aku biarkan jer gatal aku tur sampai lah ke tidur. Dalam mimpi aku tengah mengaru tempat yang gatal. Rupanya bangun jer tangan aku dah luka2 berdarah... huhu...

Wednesday, May 13, 2009

PANASSSSS

3-4 minggu nih.. panas menjadi-jadi.. bumi demam, makhluk kat bumi terkena tempias juga panass sikit-sikit nak marah, sikit nak melenting harusker camtu.. Jangan terbakar sudah...

Wednesday, May 6, 2009

William's Corner

Pembukaan kisah ini adalah hasil hasutan Nili dan K Ayu yang pernah makan kat William's nih. Dari hari Isnin lagik dok promosi menu2 yang ada. Kebetulan pulak en Suami Outstation malam tadi balik lewat so ada masa untuk joint the club jalan-jalan carik makan hik hik. Memang benar lunch time semalam tidak makan apa-apa simpan perut maklumlah hidangan kat william's Giant Size.

Lepas Maghrib aku, Ain, zizah sekereta. Zizah ni baru jer aku hasut untuk mengikuti rombongan ke william's. Malu-malu kucing dia nih.. Kak Ayu, Nili dan watie masing2 berkereta sendirik. Kak Ayu datang paling awal, booked tempat duduk memang stategiklah hehe. Gerai william's nih kat Taman Mayang Petaling Jaya, seberang jalan stesen LRT Kelana Jaya sonang ja nak cari tapi kena masuk dalam sikitla..

Time nak order aduhai masyaAllah tuhan jer yang tau betapa riuh rendah ngalahkan apek jual ikan. Situasi itu berpunca kerana di william's Corner nih tak ada sebarang menu dan hidangan yang termasyur kami perolehi dari Internet sahaja. Tapi ada jugak aku terpandang kat Greenboard dekat dapur William's tu tapi halus sangat. Sibuk-sibuk dok bertanya kat uncle William's tu (komer betul ker nama dia tur) pasal menu yang best dan setelah berpuas hati hasilnya kami telah mengorder :-

1. Carbonara Seefod - 5 bintang


2. Beef steak x hengat nama penuh tapi dagingnya lembut, 5 bintang gak

3. Nasi goreng petai seefood, penuh sotong ngan petai, 5 bintang

4. Inilah ropernya Ribena Laici dan Ice blended Durian Belanda +Avocado + Kiwi memang superb, 5 bintang!! tu hp camera woman.. hehehe

5. Last menu yang memang sedap sebab ada rasa spicy Meatball Pasta Arabiata. 5 bintang juga.

Gambar-gambar adalah ehsan blog ckucin dan untuk mereka yang belum rasa makannya memang sodapp, harga makanan antara 20 - 35 hengget dan airnya pulak untuk ribena laici RM 7 hengget dan Ice blended Durian Belanda + Avocado + Kiwi RM 12 Hengget. Kalo tak berapa kaya boleh share-share macam kita orang hehe.

Mengah lepas makan mana taknya datang jer hidangan terus serang cam pirana... kalola ada bakal mak mentua komer, memang sentap deme.. aku terkecuali yer ahaks....

Wednesday, April 29, 2009

Kau Yang Bernama Seri - HandyBlack

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati

Biarpun hanya seketika
Biarpun bukan selama-lama
Sekali sudi kau menerima
Sejuta kali ku 'kan setia

Sekali bumi beredar
Mentari terbit di ufuk dunia
Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau kucinta

Inilah janjiku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi, sepi lagi
Tinggal kau harapan

Satu-satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan yang terang
Seri, aku merayu
Pada kau yang bernama Seri

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati

Darimu Seri
Hanya kau kekasihku
Yang bernama... Seri...Seri...


* Anggota HandyBlack *