Tuesday, December 22, 2009

Laporan Sepanjang Jalan

Haha agak ntah apa2 n3 aku nih... Asyik buat report jer blog akupun dah jadi cam Laporan Mingguan plaks :). Berikut adalah aktiviti sepanjang minggu lepas;

Jumaat-Cuti Umum Awal Muharram
Alhamdulillah.. sangat bermakna Setiap Awal Muharram nie, 1431, dah lengkap setahun aku pindah ke Bangi, lokasi yang sangat aku suka... dekat dengan semua kemudahan expecially rest. 24 hours McD :). So untuk meraikannya aku masak spagetti, makan sampai lebam.. hehehe

Sabtu
Atas permintaan En. Suami, Masak Nasi Ayam. Yang nie pun makan sampai lebam, jemput mertua, ipar n adik aku makan sekali.

Ahad
Rasa mcam hari raya plak pergi ziarah 2 pakcik n makcik masing-masing kat Puchong n Shah Alam.. 3 rumah terus.. Umah makcik 1st time bawak en suami makanya kena berlama-lamaanlah. Lewat malam baru sampai umah... Agenda adalah makan sampai lebam..


Kesimpulan,
Makan, Makan, Makan... Sungguh hebat sambutan cuti aku kali nih....


Wednesday, December 2, 2009

RaYa HaJi @ KoRbaN


Terlalu Istimewa Raya Haji kali ini......



Belajar membuat kek, Tapi sebenornya pemerhati saje :)



Teman Masak rendang daging Korban... Syukran :)



Alhamdulillah Tahniah kepada Sahabat teman



Oh yang ini tiada kaitan dengan Raya Haji, Ini masa makan steambot n grill kat Korean Rest. Nama tempat pun udah lupe. Ala yang kat Plaza Pantai.. Superb tapi pastu aku pening.



Sunday, November 22, 2009

POTONGGG!!!!!

Di suatu lokasi yang terpaksa dirahsiakan......

Berkumandanglah pukulan kompang dan nyanyian...

Potong.. Potong Potong Potong... Potong Potong Potong... Potong ajerlahhh...
Potong! Potong! Potong! Potong!

Rentetan kejadian yang kerap berlaku dewasa ini ekoran kegiatan ekonomi yang tidak stabil dan bagi mengelakkan kerunsingan fikiran MAKANYA.....

Sebelum POTONG


Semasa POTONG


Selepas POTONG


Kamu sudah POTONG???

Thursday, November 19, 2009

Tahajjud Cinta


Tetiba Jiwang plak kalo refer tajuk n3ku. Kali ni aku ingin membicarakan tentang album terkini Dato' Siti Nurhaliza (DSN). Tahajjud Cinta terkandung 8 buah lagu berunsurkan Ketuhanan, menyentuh jiwa.

Sebenarnya masa zaman sekolah aku tidak berapa suka beliau entah kenapa tapi itulah kata orang.. mulanya tak suka, jadi benci seterusnya merindu hahahaa... Ops ke isu lain pulak.. DSN aku kagum suaranya, penampilannya malah cara beliau melayan peminat.. tidak sombong. Oh ini komen peribadi aku..

Pertama kali aku ke konsert beliau kiranya lebih kurang 10 tahun yang lalu itupun kerna ajakan kawan ku yang dapat tiket free hehe... Setakat ini belum pernah ke konsert beliau yang berbayar.. Ada berhasrat tetapi masih tak kesampaian....


Saturday, November 14, 2009

Apa Makna

Orang kata mimpi itu mainan tidur
Ada yang kata mimpi itu penzahiran tidak nyata
Mimpikan seseorang dikatakan kita rindu
Malah jika kita takut pada sesuatu kita akan mimpikan jua..
Mimpi juga dejavu...
Mimpi perkara yang dikenang-kenang
Bermimpilah yang indah-indah..