Alhamdulillah, Thank You Allah
Tuesday, October 27, 2009
Thursday, October 22, 2009
Kampungku Sudah Berjaya....
Lama juga bersawang blog aku nih.. Banyak betul peristiwa menduga dan mencabar akal dan mindaku.... Mudahan tuhan kuatkan kesabaran dan keimanan (ku) dalam menempuh ujian... Aku akui tidak ada manusia yang sempurna, Tidak ada manusia yang lepas dari melakukan kesilapan cuma... sekiranya diberikan peluang kedua untuk kembali ke pangkal jalan... Rebutlah sebaik-baiknya.. kerana tidak semua manusia mendapat peluang itu... Mudahan hari ini lebih baik dari semalam... Dan Hari Esok bertambah baik lagi........ Ops terjiwangle plak....
Oh ya.... Minggu lepas sempat menjenguk orang tua di kampung, rupanya dah nak musim buah... Lebat jugak pokok Rambutan ngan Cempedak mengeluarkan hasilnya... Maklumlah dah setahun lebih merajuk. Kalo zaman budak sekolah, aku paling suka musim buah rambutan.... makan sampai lebam hahaha.. Seronok dok kampung nih kurang tekanan.. kurang pencemaran.... tapi apa nak buat dah punca rezeki kat kota... Tapi itulah sekali sekala balik kampung inilah nikmatnya....

Ni pokok yang tak ikut musim suka hati jer nak berbuah

Buah Cempedak yang mak aku kata lagi sebulan nak masak

Ni buah yang ku tunggu-tunggu walau belum merah semua yang kuning aku dah kebas..
Wednesday, October 7, 2009
Ringkasan...
Emm Banyak citer nak update dari hari-hari terakhir ramadhan hinggalah hari ini.. Ada yang gumbira, sedih, terharu.. letih pun ada.. macam-macam adalah... tunggulah nanti akan ku update jugak....
Wednesday, September 16, 2009
Salam Aidil Fitri
Sedar tak sedar hari nie dah pun 26 Ramadhan lagi 4 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tentunya semua orang telah membuat persiapan baju raya, kuih raya (tak kesahler kuih tunjuk atau bikin sendiri) dan tidak dilupa duit raya untuk tetamu kanak-kanak.
Teringat pulak zaman kanak-kanak beraya, seronok tak terkira dapat baju baru, main mercun (masa tur halal lagi yer), bunga api dan paling best ada pesta panjut. Macam-macam bentuk antaranya yang aku masih ingat bentuk menara Kembar dan menara condong. Pagi raya masa dulu-dulu biasalah berkunjung rumah saudara dan jiran tetangga mengumpul duit raya hehehe. Sekarang rasain kita pulak memberi.
Zaman dah berubah kalo dulu-dulu masa zaman anak dara / anak teruna ada team kiranya persatuan belialah berkunjung ke rumah2 org tua sekitar kg untuk berhari raya. Masa tur geng anak dara ngan anak teruna asing, kalo terserempak malu-malu ayu gitu hahahaha. Ramai jugak kengkawan yang tersangkut... jodoh dekat... Seronoknya masa tur..
Zaman sekarang, jangankan anak-anak muda, budak-budak pun dah malas nak berhari raya, masing-masing sibuk dengan rancangan tv dan juga gadget mereka yang lebih menyeronokkan katanya..
Apapun caranya kita meraikan, ingatlah keluarga di kampung, ziarah menziarahi pada yang tiada kirimkan doa. Mudahan Syawal 1430 ini memberi keberkatan buat kita semua. Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin andai ada salah dan silap. Pada kawan-kawan yang balik kampung berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang...

Wednesday, September 9, 2009
LDP - Sesak kedua-dua hala
Aduyai.. pagi tadi kul 8 aku bertolak p keje kunun nak sampai awal kat opis selalunya aku sampai 9.15, ingatkan boleh sampai dalam 8.45 ker... Alahai... Sepanjang jalan dari Putrajaya menuju ker tol LDP makin lama makin sesak sampai tak bergerak dalam 2-3 minit... jalan di kecilkan... menjadi 2 lorong polis banyak aku ingatkan ada pemeriksaan polis. Lepas tu jalan ok sikit lega aku rasa tapi lagi 3 meter nak ker tol jalan masih sesak.. dari arah tol ker putrajaya lagilah sesak yang mana punca utama yang menyebabkan kesesakan adalah berpunca dari situ. Aku mendapat tahupun melalui radio ada paip besar pecah patutkan air mencurah-curah ingatkan ada rekahan bumi siap banjir lagik. Rupanya polis memastikan supaya kenderaan berat tidak melalui lorong yang berhampiran tempat rekahan tersebut. Dan kesesakan berterusan walaupun tak sehebat tadik hingga ker simpang opis aku... kul 9.27 aku sampai opis..
Syukur ada hikmah kalo aku datang opis cam biasa lagilah lambat.....
Syukur ada hikmah kalo aku datang opis cam biasa lagilah lambat.....
Subscribe to:
Posts (Atom)