Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

12 RabiulAwal 1431 - Genap dua tahun beliau meninggalkan kami menemui Yang Maha Esa..... Mudahan roh arwah bapaku ditempatkan di kalangan insan-insan yang disayangi Allah. Alfatihah......

Tuesday, February 23, 2010

Penang Dalam Kenangan

Walaupun lari dari tarikh perancangan... Namun akhirnya sampai juga ke destinasi yang diingini... Yerr walaupun telah 2 minggu awal perancangan dibuat, yang mana sepatutnya hari Ahad bertolak, Benarlah.... Perancangan Allah Yang Maha Kuasa tetap mengatasi keterbatasan kita.

Alhamdulillah bertolak ke Penang hari Jumaat lepas setelah amek mak, dalam tgh hari sampailah ker umah makcik teman di Teluk Kumbar, Balik Pulau. Inilah tempat melayu.. nampak terpinggir dari pembangunan.. Menurut makcik, kebanyakan tanah-tanah melayu pun dah mula digadai kepada orang cina. Melayu mudah Lupa! Malah tanah milik jiran sebelah makcik aku pun dah jadik kepunyaan mereka... apa nak jadi 10 tahun lagi kehidupan orang melayu di penang ni.. Sekarang pun dah nampak kepayahan mereka...... (wei aku datang ni nak bercuti bukan dalam segmen Aduan Rakyat!)

Dua hari jer aku kat Penang, sampai jer makcik aku masak punyalah banyak... apa lagi makan lah dengan gembira. En. Suami yang dalam pantang pun pantang nampak heheheh... Petang tu pulak cari jeruk.. tak bermaknalah kalo ke Penang tak beli Jeruk. Agak murah kalo dibandingkan di GTown. Sebelum balik umah singgah ke gerai Laksa Janggus yang dikatakan glamer tapi memang betullah ramai betul orang kat situ.
Malamnya pulak makan the best Char Koew Teow in Penang.. Gerainya tak ada nama tapi tepi jalan raya di Bayan Baru. Udangnya lebat hehehe, oh en suami makan CKT kosong Okeh..
Hari Sabtu lepas zohor pelan terkejut pergi ke Bukit bendera. Aku pernah pergi dulu tapi itu cerita 6 tahun lepas masa tu aktif aktiviti lasak... Mendaki Bukit Bendera ok... Kali nih naik train la... ramai gila berhimpit2 dalam keretapi langsung tak dapat menikmati pemandangan kat situ... Tapi bila sampai kat atas memang cantik pemandangan Pulau Pinang.
Lewat petang baru turun dan sebagai sesi makan terakhir bersama makcik teman, kami dibawa ke Restoren Hameediyah makan nasik Beriani... Ok jugak... ayam dia sedap... martabak sedap, pasemboq tidak mengecewakan.. 4 bintang teman kasik...

Destinasi seterusnya.. tunggu....

Monday, February 15, 2010

Selamat Ulang Tahun

Semalam bertambah setahun usiaku, Alhamdulillah semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki....

Kali nie tak sambut pun sebab en suami masih lagi tidak sihat... Tapi tak apa boleh di bawa ke depan hehehehe...


Nota: Kek suprise tahun lepas...



Friday, February 12, 2010

Setiap Penyakit ada Penawarnya...

Alkisahnya, en suami hari nie terpaksa cuti kecemasan kerana kakinya kena gout agak kritikal jugakler malam tadik baru sengal2, pagik tadik kaki kananya udah tak boleh jalan, siap rendam ngan air garam pun masih sakit lagi. Time lunch tadi g Jusco beli blackchery, blueberry, strawberry dan buah delima, yang dikatakan boleh mengurangkan kesakitan kerana kandungan antioksida yang tinggi. Tapi memang sedap buah2 nih.. regenya pun sedap :)

So petang tadik aku balik keje awal sebab en suami tak makan dari pagi belikan bubur McD n ayam goreng pedas. Sepinggan jugakler buah2 tu bersih.. kondisi tika dan saat ini masih sakit lagi... Mudah-mudahan cepatla sembuh....

Lepas ni janji dengan saya jaga pemakanan tau!! jangan redah ajer :))

Thursday, February 11, 2010

Orang kata...

Jangan ikut Nafsu nanti lesu
Jangan ikut Rasa nanti binasa


Aku biasanya ikut gerak hati....