Friday, April 24, 2009

CUTI CUTI MALAYSIA

Lama dah aku tak update blog dalam tempoh itu banyak peristiwa berlaku, ditambah pulak dengan demam kemalasan untuk mengupdate hahaha bersawang jugaklah blog ku.. 17 hingga 20 April aku amik cuti sempena menghantar rombongan pengantin perempuan adik ipar ku kerumah pengantin lelaki di Tumpat, Kelantan. Kenduri belah perempuan 11 April yang lepas..

Buat pertama kalinya aku dan keluarga suami kira cuti-cuti Malaysia ke Pantai Timur. Kami sekeluarga ke sana menaiki penerbangan pertama MAS seawal 4.00 pagi kena bersiap Flight jam 7.50. . Seronokk lama seh tak naik kapal udara ahaks... Selamat tiba di KB Airport kul 9 pagi. Adik ipar dan suaminya ambil kita orang menggunakan kereta sewa cap Naza Ria ish memang bersuka ria luas mobilnya. Sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap di sebuah chalet di Pantai Sri 7 kira chalet terapung gitu, nampak ikan berenang2 jerneh airnya rasa cam nak terjun je.

17 April - Majlis kenduri di sebelah lelaki selepas solat Jumaat so sempatlah kita orang makan-makan dan rehat ada gak yang sambung tidur.... hik hik maklumlah pagi sangat terjaga. Dalam kul 12.30 Mak andam pun datang nak makeover adik iparku.. memang cantik.. sweet jer.. setelah semua bersiap-siap tema rombongan kaler ungu, macam tema masa majlis aku hik hik... Alhamdulillah selesai majlis lebih kurang jam 5 petang dengan pakaian rasmi rombongan kami terus menikmati keindahan Pantai Sri 7 sambil menjamu mata sambil juga menjamu menu ringan kepok lekor ngan air kelapa muda... nyaman!!

Malamnya kami menjamu selera di Restoran Terapung dekat-dekat situ juga, fresh seafoodnya... kenyang gila siap kena bungkus lagi. tak habis makan hahah!

18 April - Jam 9.00 pagi kami bersiap-siap untuk merealisasikan rancangan ke Kuala Terengganu (KT) untuk melihat secara live Masjid Kristal. Sebelum tu kami sarapan pagi di Pekan Tumpat di sebuah gerai yang khusus menjual nasi kerabu. Memang superb.. (bab makan jer aku suka). Perjalanan mengambil masa 3 jam, En Suami yang memandu so yang lelain dengan aktiviti bebas ada yang tidur, makan, dan menjamu mata... Sepanjang yang aku ingat untuk ker KT melalui beberapa buah pekan ; Tumpat -Kota Bahru - Pasir Putih - Besut melalui Jalan Pantai. Cantik sungguh Pemandangan. Jam 1.30 ptg kami sampai ke Pusat Tamadun Islam di Mana terletaknya Masjid kristal tersebut. Selain itu ada jugak replika masjid2 yang ternama seperti Masjid Nabawi, Masjidil Haram,Taj Mahal dan banyak lagi . Lepas sesi tinjau meninjau dan bergambar kami menuju ke Pasar Payang tempat shopping tersohor. Ops jangan salah sangka yer aku tidak membeli belah pun cuci mata sahaja, tujuan ke sana untuk makan tengah hari jer, boleh! Meneruskan perjalanan pulang dan selama 3 jam aktivi bebas kembali.. dengan berbekalkan buah-buahan dan kepok losong (Losong=Lokasi satu jalan masuk ke pusat Tamadun Islam).
Hampir 8 malam kami sampai ke destinasi chalet terapung... untuk makluman korang memang best naik Naik Naza Ria, tak rasa penat pun selesa gitu.... Malam tu aku berjumpa jugak dengan kawan sekolah aku yang sekarang menetap di Tumpat mengikut suami dan kerja di sebuah bank di Pengkalan Kubor. Sejam jugaklah borak2 kat luar chalet. Bukan senang nak jumpa kengkawan lama nih... Mandangkan esok anak dia sekolah dan dia pun kerja dalam kul 9 berpisah... hik hik.. Malam tu kami sekeluarga makan lagi di Restoren terapung kali nih masing2 order alacarte jer... sebab perut masih kenyang.

19 April - Bangun pagi-pagi siap sarap dan packing barang sebelum bershopping ke Pengkalan Kubor sampai kul 1.00 ptg. Layan jugak 2, 3 barang. Harga idaklah murah mana, agaknya bukan orang sana alahai. Mulanya nak ke Rantau Panjang, ramai kata barang kat situ lagi murah tapi takut tak sempat sebab Flight kul 4.30 ptg. Selesai shopping balik chalet mandi-manda dan check-out dalam kul 2 lunch di MPKB, sop perut dia memang best... 5 bintang aku kasi memang lain dari yang lainlah... Meneruskan perjalanan ke KB Airport, Check-in semua ok berehat sempena menunggu flight tiba. Sampai KLIA jam 6 petang dan tiba kat umah dekat pukl 8 malam....

20 April - Cuti rehat


Tgk ikan dari tingkap chalet


Pemandangan yang indah


Berlatarbelakang Masjid Kristal

4 comments:

HABIHA69 said...

Salam Seri ittew...mu gi klate? Oooo..gitew...

Ain said...

asik makan je ye ..hihihi..ni yg tak sabar gak nk g pantai timur weekend ni.

en_me said...

27 April - ?
28 April - ?
29 April - ? hmmmm..

seri said...

Ustaz;
Jalan-jalan cari pasal hik hik hik

Ain;
Ater jangan luper kepok Merchang Teman yer.....

En Me;
Kojer-kojerlah teman... alahai...