Wednesday, April 29, 2009

Kau Yang Bernama Seri - HandyBlack

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati

Biarpun hanya seketika
Biarpun bukan selama-lama
Sekali sudi kau menerima
Sejuta kali ku 'kan setia

Sekali bumi beredar
Mentari terbit di ufuk dunia
Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau kucinta

Inilah janjiku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi, sepi lagi
Tinggal kau harapan

Satu-satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan yang terang
Seri, aku merayu
Pada kau yang bernama Seri

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati

Darimu Seri
Hanya kau kekasihku
Yang bernama... Seri...Seri...


* Anggota HandyBlack *

Friday, April 24, 2009

CUTI CUTI MALAYSIA

Lama dah aku tak update blog dalam tempoh itu banyak peristiwa berlaku, ditambah pulak dengan demam kemalasan untuk mengupdate hahaha bersawang jugaklah blog ku.. 17 hingga 20 April aku amik cuti sempena menghantar rombongan pengantin perempuan adik ipar ku kerumah pengantin lelaki di Tumpat, Kelantan. Kenduri belah perempuan 11 April yang lepas..

Buat pertama kalinya aku dan keluarga suami kira cuti-cuti Malaysia ke Pantai Timur. Kami sekeluarga ke sana menaiki penerbangan pertama MAS seawal 4.00 pagi kena bersiap Flight jam 7.50. . Seronokk lama seh tak naik kapal udara ahaks... Selamat tiba di KB Airport kul 9 pagi. Adik ipar dan suaminya ambil kita orang menggunakan kereta sewa cap Naza Ria ish memang bersuka ria luas mobilnya. Sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap di sebuah chalet di Pantai Sri 7 kira chalet terapung gitu, nampak ikan berenang2 jerneh airnya rasa cam nak terjun je.

17 April - Majlis kenduri di sebelah lelaki selepas solat Jumaat so sempatlah kita orang makan-makan dan rehat ada gak yang sambung tidur.... hik hik maklumlah pagi sangat terjaga. Dalam kul 12.30 Mak andam pun datang nak makeover adik iparku.. memang cantik.. sweet jer.. setelah semua bersiap-siap tema rombongan kaler ungu, macam tema masa majlis aku hik hik... Alhamdulillah selesai majlis lebih kurang jam 5 petang dengan pakaian rasmi rombongan kami terus menikmati keindahan Pantai Sri 7 sambil menjamu mata sambil juga menjamu menu ringan kepok lekor ngan air kelapa muda... nyaman!!

Malamnya kami menjamu selera di Restoran Terapung dekat-dekat situ juga, fresh seafoodnya... kenyang gila siap kena bungkus lagi. tak habis makan hahah!

18 April - Jam 9.00 pagi kami bersiap-siap untuk merealisasikan rancangan ke Kuala Terengganu (KT) untuk melihat secara live Masjid Kristal. Sebelum tu kami sarapan pagi di Pekan Tumpat di sebuah gerai yang khusus menjual nasi kerabu. Memang superb.. (bab makan jer aku suka). Perjalanan mengambil masa 3 jam, En Suami yang memandu so yang lelain dengan aktiviti bebas ada yang tidur, makan, dan menjamu mata... Sepanjang yang aku ingat untuk ker KT melalui beberapa buah pekan ; Tumpat -Kota Bahru - Pasir Putih - Besut melalui Jalan Pantai. Cantik sungguh Pemandangan. Jam 1.30 ptg kami sampai ke Pusat Tamadun Islam di Mana terletaknya Masjid kristal tersebut. Selain itu ada jugak replika masjid2 yang ternama seperti Masjid Nabawi, Masjidil Haram,Taj Mahal dan banyak lagi . Lepas sesi tinjau meninjau dan bergambar kami menuju ke Pasar Payang tempat shopping tersohor. Ops jangan salah sangka yer aku tidak membeli belah pun cuci mata sahaja, tujuan ke sana untuk makan tengah hari jer, boleh! Meneruskan perjalanan pulang dan selama 3 jam aktivi bebas kembali.. dengan berbekalkan buah-buahan dan kepok losong (Losong=Lokasi satu jalan masuk ke pusat Tamadun Islam).
Hampir 8 malam kami sampai ke destinasi chalet terapung... untuk makluman korang memang best naik Naik Naza Ria, tak rasa penat pun selesa gitu.... Malam tu aku berjumpa jugak dengan kawan sekolah aku yang sekarang menetap di Tumpat mengikut suami dan kerja di sebuah bank di Pengkalan Kubor. Sejam jugaklah borak2 kat luar chalet. Bukan senang nak jumpa kengkawan lama nih... Mandangkan esok anak dia sekolah dan dia pun kerja dalam kul 9 berpisah... hik hik.. Malam tu kami sekeluarga makan lagi di Restoren terapung kali nih masing2 order alacarte jer... sebab perut masih kenyang.

19 April - Bangun pagi-pagi siap sarap dan packing barang sebelum bershopping ke Pengkalan Kubor sampai kul 1.00 ptg. Layan jugak 2, 3 barang. Harga idaklah murah mana, agaknya bukan orang sana alahai. Mulanya nak ke Rantau Panjang, ramai kata barang kat situ lagi murah tapi takut tak sempat sebab Flight kul 4.30 ptg. Selesai shopping balik chalet mandi-manda dan check-out dalam kul 2 lunch di MPKB, sop perut dia memang best... 5 bintang aku kasi memang lain dari yang lainlah... Meneruskan perjalanan ke KB Airport, Check-in semua ok berehat sempena menunggu flight tiba. Sampai KLIA jam 6 petang dan tiba kat umah dekat pukl 8 malam....

20 April - Cuti rehat


Tgk ikan dari tingkap chalet


Pemandangan yang indah


Berlatarbelakang Masjid Kristal

Tuesday, April 14, 2009

Kisah Abu dan Belang

Minggu lepas umah kami didatangi seekor kucing, kucing nih agaknya sakit tekak kot sebab sore tak leh kuor, pastu memang dalam kelaparanla.. sementelah kami tidak membela kucing so tak adalah makanan untuknya.. untuk tidak menghampakannya aku pun kasikla lebihan ayam kfc... mmmm makan dengan rakus tu... Esoknya kucing ni ops.. En Suami namakan sebagai 'Abu' tak datang.. kenyang lagik agaknya heheh.. Masa kami g beli barang dapur, makanan kucing termasuk dalam list juga mana tau ada lagi kucing sesat mai ke rumah. Cap Friskies lagi.. Tau-tau jer malam tu dia datang .. cam seronok jer Si Abu nih dapat makanan yang lazat dan berkhasiat. Dan-dan tu juga muncul sekor lagi kucing kali nih aku namakan 'Belang'. Seronok gak dia dapat makanan enak.. Bila dah selalu diberi makan minum Abu ngan Belang dah pun berkhemah di anjung umah aku. Kami siap kasik kotak ngan alas kaki yang dah tak pakai untuk Abu ngan Belang tidur. Tapi Abu kerek sikit agaknya dia yang 1st tetamu aku tu yang dia garang sikit ngan Belang. Belang cam tau-tau jer selalu mengalah dan kasik Abu makan dulu.

Pagi tadi makanan derang dah habis.. sian pulak aku tgknyer Abu tu tak ada sore pun sibuk2 nak mengeow..... Lapor la tur...

Monday, April 6, 2009

Saksikanlah...







Dah lama tak update n3 bergambar, nah.. untuk tatapan, huraian aku rasa tak perlu korang pun boleh tolong explain.. hehehe





























Wednesday, April 1, 2009

1 April 2009

Hari ini hatiku berbunga-bunga bak kembang mekar setaman.....