Tuesday, February 24, 2009

Roti Canai Teh Tarik

Aku dan Hubby adalah penggemar roti canai tegar ... Memang tak bole dipisahkan terutama di hujung minggu. Lepas jog jer pasti akan makan roti canai. hmm camnerla nak kurus... hehe.. Dulu masa aku dok DPP roti canai fav adalah Restoran mamak Haji Tapah di Presint 16 dan jugak Presint Diplomatik (depan Mydin).. memang bestlah. Bila dah dok Bangi rasa agak jauhlah nak pi kedai mamak turr.. Tapi sekarang dah tak risau lagi sebab aku dah jumpa restoran roti canai kedai Melayu lagi.. Sejarah aku kat kedai roti canai melayu nih selalu kecewa, roti tak sedaplah, teh tarik tak happeninglah terlebih susulah.. macam2 lagi.

Tapi pagi tadi kedai melayu itu telah membuktikan bahawa boleh setanding dan lebih sedap lagi dari kedai mamak.. kedai itu adalah Restoran Seri Kemudi, Seksyen 8, sederet ngan CIMB. (tulah yg nama seri2 nih memang bagus hehehe). Roti canai dan teh tarik dia memang enak dan kaw...

Kedudukannya yang strategik iaitu berdekatan ngan Bangi Walk, tempat kami selalu erobik pada hari Sabtu... Alahai memang akan menambahkan kandungan kolestrol.... hmmm Asalkan bahagia... :))

6 comments:

Atikah said...

He.. he.. masih setia ngan roti canai ko yer... Teringat roti canai kat Kerinchi...

seri said...

Hehe... Kat Tk Intan ada satu kedai Roti canai Abdullah Sani, Rotinya best tapi teh tarik dia kurang enak...

nillness said...

Sal..sal..camne ni..aku terbayang2 nk tgk ko pakai balik baju tunang ko tu...camne rupanya ek..tp dh kalo roti canai je...mmg aku x dapat laa

seri said...

Nili,
Simpanlah sebagai kenangan terindah... hidup perlu perubahan.. :)

blackpurple @ jowopinter said...

Di sini ada sebuah warung Melayu buat roti canai. Garing. Kuahnya kari kambing. Pergh! Tapi saya tak makan daging kambing.

seri said...

Di sini tu di Mana ya.... Saya pun tak makan daging kambing... entahler sejak azali camtu...