Tuesday, February 24, 2009

Roti Canai Teh Tarik

Aku dan Hubby adalah penggemar roti canai tegar ... Memang tak bole dipisahkan terutama di hujung minggu. Lepas jog jer pasti akan makan roti canai. hmm camnerla nak kurus... hehe.. Dulu masa aku dok DPP roti canai fav adalah Restoran mamak Haji Tapah di Presint 16 dan jugak Presint Diplomatik (depan Mydin).. memang bestlah. Bila dah dok Bangi rasa agak jauhlah nak pi kedai mamak turr.. Tapi sekarang dah tak risau lagi sebab aku dah jumpa restoran roti canai kedai Melayu lagi.. Sejarah aku kat kedai roti canai melayu nih selalu kecewa, roti tak sedaplah, teh tarik tak happeninglah terlebih susulah.. macam2 lagi.

Tapi pagi tadi kedai melayu itu telah membuktikan bahawa boleh setanding dan lebih sedap lagi dari kedai mamak.. kedai itu adalah Restoran Seri Kemudi, Seksyen 8, sederet ngan CIMB. (tulah yg nama seri2 nih memang bagus hehehe). Roti canai dan teh tarik dia memang enak dan kaw...

Kedudukannya yang strategik iaitu berdekatan ngan Bangi Walk, tempat kami selalu erobik pada hari Sabtu... Alahai memang akan menambahkan kandungan kolestrol.... hmmm Asalkan bahagia... :))

Monday, February 16, 2009

Terima Kasih

  • Terima kasih tuhan kerna memberikan aku kesempatan untuk meneruskan kehidupan, menikmati keindahan ciptaanMu

  • Terima kasih emak dan bapak mendewasakan aku dengan kasih sayang

  • Terima kasih en suami insan yang sangat memahami dan menyayangiku

  • Terima kasih teman yang mewarnai lagi kehidupanku..

  • Tanggal 14 Feb @12 siang hari aku dilahirkan. Terima kasih kepada semua yang mengingati.

Friday, February 13, 2009

Andai Ku Tahu...

Andai kutahu
kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jgn kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa2ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andaiku tahu
Malaikat Mu kan menjemput ku
Izinkan aku
mengucap kata taubat pada Mu

Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa2 ku
Ampuni aku mennagis ku bertaubat pada Mu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai ku tahu kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu

Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2ku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada Mu

Monday, February 9, 2009

IKLAN KOMERSIL

Kepada rakan- rakan yang berminat untuk membeli alas meja, tv, peti ais, rak dan sebagainya menggunakan benang kait. Anda dialu-alukan menghubungi saya menerusi talian 012-685 3127. Hasil kraftangan ini merupakan inisiatif makcik saya yang cuba untuk berniaga secara kecil-kecilan di kg. So far ramai yang berpuas hati. Harga boleh dirunding. Berikut adalah antara hasil kerja kreatif beliau.







Ada Banyak lagi yang makcik saya boleh hasilkan antaranya seperti Topi, Baju, cover H/phone dan lain-lain lagi.



p/s : Pernah cuba beberapa kali untuk buat hasil tangan sendiri tapi memang selalu gagal huhu..

Monday, February 2, 2009

Potluck

Hari ini jam 11 patutnya ada majlis makan2 sempena besdei GCEO co aku. Setiap org yang wanita lah yer diminta untuk membawa makanan kira potluck ler... Aku telah diminta oleh Bos HR untuk membawa puding jagung... Actually dah 2 kali aku buat puding jagung nih tapi x menjadi.. yg first terlebih susu.. yang 2nd terlembik.... So aku pun cam x confidentlah nak masak.. tapi untuk tidak menghampakan orang hehe aku pun mintak resepi dari diagakla.. haha. Ari Sabtu aku testing alhamdulillah berjaya... dan malam tadik aku buat lagi untuk dibawak ke office pun menjadik gak.... Terima kasih Bos HR.

GCEO tak dapat datang office - demam... hari nih ramai tak datang kerja, termasuk Bos HR pun tak sihat. Walaupun orang yang disambut tak datang jugak.. majlis makan2 tetap diteruskan.....

Nilah rupa puding jagung nya. Senang jer nak bikin:-

Bahan2nya:-
a) 1 tin jagung
Dengan menggunakan tin yang sama;
b) 3/4 gula putih
c) 1 kotak santan (200ml)- jadikan kepada 2 tin tadi
Bahan2 di Atas di gaulkan dalam periuk
d) masukkan 150gm tepung kastard (kalo guna jenama BirdCustard - Separuh)
Gaul sehingga rata dan masakkan di atas api perlahan sehingga pekat/berkilat. Kacau selalu yer....

'Selamat Mencuba!'