Sabtu, 17 Jan 2008 lebih kurang jam 8.30 pagi bertolak ke Felda Chini Timor (FCT). Tujuan aku ke sana menemani en suami membuat 'site survey'. Cuaca sangat baik sepanjang perjalanan ke sana. Untuk ke FCT kami menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan susur keluar ke Gambang menuju ke arah Pekan/Segamat.
Lebih kurang jam 11.45 lewat pagi barulah kami sampai ke tempat tersebut. Sebagai co-pilot kepada en suami aku juga berperanan menjadi tukang tangkap gambar lokasi-lokasi berkaitan. Selain itu, buat pertama kalinya aku belajar menggunakan Global Positioning System (GPS).
Setelah site survey tersebut lengkap barulah kami menjamu selera di gerai makan yang terletak di Felda Chini 1 dengan hidangan ikan patin kurus masak asam... so so lah rasanya, sekadar mengalas perut.
Jam 2 petang kami meneruskan perjalanan pulang ke kl dan singgah ke Pekan Temerloh kerana aku beriya-iya nak rasa ikan patin masak Tempoyak yang amat popular di situ. Kebetulan kawan aku ada jugak kat Temerloh maka dapatlah aku berjumpa dengannya dan menunjukkan tempat tersebut. (en suami dah pernah ke gerai itu tetapi lupa jalan sebab masa beliau pergi waktu malam golap). Pergh memang sedap dan memang patutla ikan patin masak tempoyak di Temerloh sangat terkenal. Menurut tukang masak, hanya bahagian kepala dan ekor sahaja di masak tempoyak manakala bahagian tengah digoreng sahaja. Kami makan ikan patin sangkar harganya 10 ringgit sepotong manakala ikan patin buah/muncung boleh mencecah 50-70 ringgit sepotong. Memang best teman kasik 6 bintang!! Menjelang Maghrib barulah kami sampai di rumah....

6 comments:
Terliur aku weh...Biler le nk merasa ikan patin msk tempoyak versi temerloh..
Beshnya ikan patin masak tempoyak... bila lak ko nak masak untuk aku? He... he...
Ain;
Ko masih berpeluang.. carik org Temerloh hehe....
Tikah;
Yg ada resepi Perak, resepi Temerloh Teman tak der..
Perak pun Perak ler... janji ko masak... kot2 sama ngan Temerloh nyer.. he.. he..
Salam Seri...wah glamernye gambor kat profile tew....mcm. kat tanah tinggi yang ittew jer...Wah Shoot gamvar patin sehhh.. Patin Datuk "k" atau Datuk "CT" ader jumpa taks....ekekeke..
Ustaz,
Teman idak mandang lain, fokus kat patin jer.. itupun mujur teringat nak tangkap kalo dak.. tulang jer yg tinggal :)
Post a Comment