Friday, January 30, 2009

D'Lunch

Buat Sahabat aku Tikah. Thanks belanja aku and Ain makan kat tempat fav. aku masa zaman dolu2 kat Nasi Kandar Zainul, PJ State. Memang lumayan... sedap bangat sampai kini masih bau karinya.. ALhamdulillah. :)
Perjalanan yang agak jauh... Puchong - PJ-KL-Puchong....


Jalan-Jalan Hujung Minggu 2





Kenangan di Aquaria, KLCC


Tuesday, January 20, 2009

Jalan-Jalan Hujung Minggu


Sabtu, 17 Jan 2008 lebih kurang jam 8.30 pagi bertolak ke Felda Chini Timor (FCT). Tujuan aku ke sana menemani en suami membuat 'site survey'. Cuaca sangat baik sepanjang perjalanan ke sana. Untuk ke FCT kami menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan susur keluar ke Gambang menuju ke arah Pekan/Segamat.

Lebih kurang jam 11.45 lewat pagi barulah kami sampai ke tempat tersebut. Sebagai co-pilot kepada en suami aku juga berperanan menjadi tukang tangkap gambar lokasi-lokasi berkaitan. Selain itu, buat pertama kalinya aku belajar menggunakan Global Positioning System (GPS).

Setelah site survey tersebut lengkap barulah kami menjamu selera di gerai makan yang terletak di Felda Chini 1 dengan hidangan ikan patin kurus masak asam... so so lah rasanya, sekadar mengalas perut.

Jam 2 petang kami meneruskan perjalanan pulang ke kl dan singgah ke Pekan Temerloh kerana aku beriya-iya nak rasa ikan patin masak Tempoyak yang amat popular di situ. Kebetulan kawan aku ada jugak kat Temerloh maka dapatlah aku berjumpa dengannya dan menunjukkan tempat tersebut. (en suami dah pernah ke gerai itu tetapi lupa jalan sebab masa beliau pergi waktu malam golap). Pergh memang sedap dan memang patutla ikan patin masak tempoyak di Temerloh sangat terkenal. Menurut tukang masak, hanya bahagian kepala dan ekor sahaja di masak tempoyak manakala bahagian tengah digoreng sahaja. Kami makan ikan patin sangkar harganya 10 ringgit sepotong manakala ikan patin buah/muncung boleh mencecah 50-70 ringgit sepotong. Memang best teman kasik 6 bintang!! Menjelang Maghrib barulah kami sampai di rumah....

Monday, January 12, 2009

Happy Hour 2

Actually gambar nih dah lama tangkapnya dalam 3 minggu lepas...

Memang best Tomyam Kung ngan Cheese Choc. Teman kasik 5 bintang!

Tuesday, January 6, 2009

Seindah HIASAN adalah WANITA SOLEHAH

Hawa
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita, Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu...

Monday, January 5, 2009

Aku Kena TAGGED !!!

Hari ini baru masuk keroje selepas 5 hari bercuti hujung tahun hehe......

Teman telah di TAG oleh Ustaz mengenai 'work station' teman..... kang kalo tak ditunaikan beliau tidak lagi menyibok kat blog teman plak :). Mudahan mengeratkan silaturrahim virtual.. :). N3 ustaz banyak memberi ilmu kepada teman, terima kasih.

Ini ANTARA syarat berantai "Syarat yang diberikan untuk tag ini adalah : Snap work station anda kemudian taruh link blog anda di bawah gambar work station anda iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada. Sekiranya tag ini berkembang, pasti akan ada banyak link-link di bawahnya, kalau tak, terencatlah dia... agaknya betullah teman buat nih..

Inilah tempat koje teman;

Dengan ini teman berhasrat meng-TAG 2 insan sahabat teman Atikah dan K Inaj ini kerna walaupun kenal dah lama tapi tak pernah melepak kat tempat keroje komer.. hehehe jangan marah ha... kang kena jual....