Tuesday, January 6, 2009

Seindah HIASAN adalah WANITA SOLEHAH

Hawa
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita, Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu...

Monday, January 5, 2009

Aku Kena TAGGED !!!

Hari ini baru masuk keroje selepas 5 hari bercuti hujung tahun hehe......

Teman telah di TAG oleh Ustaz mengenai 'work station' teman..... kang kalo tak ditunaikan beliau tidak lagi menyibok kat blog teman plak :). Mudahan mengeratkan silaturrahim virtual.. :). N3 ustaz banyak memberi ilmu kepada teman, terima kasih.

Ini ANTARA syarat berantai "Syarat yang diberikan untuk tag ini adalah : Snap work station anda kemudian taruh link blog anda di bawah gambar work station anda iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada. Sekiranya tag ini berkembang, pasti akan ada banyak link-link di bawahnya, kalau tak, terencatlah dia... agaknya betullah teman buat nih..

Inilah tempat koje teman;

Dengan ini teman berhasrat meng-TAG 2 insan sahabat teman Atikah dan K Inaj ini kerna walaupun kenal dah lama tapi tak pernah melepak kat tempat keroje komer.. hehehe jangan marah ha... kang kena jual....

Tuesday, December 30, 2008

Hijrah

Maal Hijrah 1430 ini sangat memberi kesan kepada kehidupanku... sedari pertengahan bulan ini kami telah berkemas, menyusun, dan mengasing barang2 rumah DPP untuk dihijrahkan ke BBB. Tanggal 27 dengan rasminya penghijrahan ke BBB. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun sayang meninggalkan DPP hidup mesti diteruskan....
Kepada kawan2 ex-UKM batch 1997-2000 kalo kome datang Bangi kontek aku yer.. teringat saat indah melewati zaman itu... ke pasar malam Bangi fasa 1 bersama naik mott:), shopping kat Warta (sekarang Bintang), carik durian tepi jalan dan macam-macam lagilah..... Sekarang dah banyak berubah membangun sana sini... satu lagi McD 24 hours pun dah ada sebelah Kompleks PKNS.
Aku Rindu detik itu............

Saturday, December 20, 2008

Pagi Yang Emosi 2

Pagi tadi tatkala Ekin berdebar bakal menjadi isteri artis tersohor... Aku juga berdebar pabila right side mirror keteku diragut ketika aku menuju ke Seri Kembangan...... Memang kejam kenderaan itu... Kalo nak ganti kena dua2 belah.. masak den!

Thursday, December 18, 2008

Pagi Yang Emosi

Pagi tadi masa aku nak pi keje, ^tingg.. aku terfikir nak beli nasi lemak sedap kat depan bengkel keta berhadapan Pasaraya Puteri Mat. Entah kenapa aku bawak kete punyalah laju, menuju ke kakak nasik lemak tu. Aku kalo lapo jer mulalah gigil x bole cakap huhu (penyakit yg wujud sejak 10 tahun yang lalu). Namun aku hampa sebab payung besar kakak nasi lemak tur tak kelihatan..aku pun frust dan terus menonong menuju ke opis.. Dengan sekonyong-konyongnya tiba di simpang tiga, sepatutnya aku berhenti tunggu kenderaan laluan utama dahulu, tapi entah kenapa aku menonong jer, tiba2 kereta aku bertembung dengan sebuah motor yang juga menonong laju dari laluan utama. Kalo kira laju dua2 memang laju... tapi kalo dari segi kesalahan lalu lintas, akulah yang bersalah.... Alhamdulillah.. aku sempat breake dan mamat motor tur sempat melencongkan motor dia... maka tiadalah kejadian yang tidak diingini berlaku...

Mamat motor tu masih tidak berpuas hati lalu mengekori aku dan menghadang laluan ku ke opis. Aku berhentikan kereta dan bukak tingkap sedikit dan mendengar cemuhan mamat motor itu... aku membalas dengan ’maaf encik’ sehengat aku dekat 4 kali barulah dia beredar... sampai lani aku masih tak makan apa-apa lagi... renjatan emosi agaknya...

Moral of the story ” walaupun lapar bangat utamakan keselamatan”

p/s : Nasik lemak kakak tu memang world kat Bandar Puteri nih!!