Dah dekat 2 minggu lebih tempat aku nih tak hujan, panas membara jer sampai pokok2 yang aku tanam dah menjadik kuning kelemasan (bukan keemasan yer..) Dah jadi macam pokok lalang pulak... Itu kat luar rumah kalo kat dalam rumah lagila bahang tak terkata rasa nak pindah rumah cepat2 jer ataupun kena pasang air-cond nih:)
Alhamdulillah sepagian tadik hujan telah turun rahmat tuhan mudahan esok tidak bahang lagi... Mudahan pokok2 itu akan hidup subur menghijau dan tidak lagi kuning kelemasan......
Monday, August 18, 2008
Friday, August 8, 2008
Terujaaa
oooooo balik kampung....
Tak sabar rasanya nak pulang ke tempat lahir ku.... Kenapa aku teruja sangat?? Heehee well Musim doryan ler kome.... Dah lama tak pekena!! Seingat aku musim doryan yang betul2 menjadi masa arwah embah lanang dan embah wedok ada lagi.. dah lebih 5 tahun pokok doryan embah aku merajuk tak berbuah lebat... Tahun nih alhamdulillah rezeki org kg yang menjadik..
Balikla kampung Yop!!
Tuesday, July 29, 2008
Hampa
Jam 9.30 pg bukak Internet, hampa
Jam 1.15 tgh bukak Internet, Kecewa
Jam 2.15 ptg bukak lagi Internet rasa nak PELANGKUNG!!!!
Jam 1.15 tgh bukak Internet, Kecewa
Jam 2.15 ptg bukak lagi Internet rasa nak PELANGKUNG!!!!
Friday, July 25, 2008
Lunch Date
Aku, Ina dan Rai (nama penuh tidak boleh disiarkan mengambil kira faktor keselamatan) Teman yang dah lama tak jumpa disebabkan tanggungjawab masing2 berkerjaya kununnya... Membuat temujanji di restoran SR, Restoran glamor di Putrajaya. Berduyun2 muslimat (muslimin g semayang Jumaat tapi ada jugak yang menyelit kat SR) mengunjungi restoran itu memandangkan hari ini masa lunch yang panjang untuk org gomen. Terima kasih teman kerana program tengah hari tadi berjaya hehe setelah sekian lama merancang, Alhamdulillah, Walaupun Restoran SR tue sengal. Thanks Ina/Rai belanja today (walau terpaksa belanja hahahah, komer dah dapat gajik kan... hehehehe). Nanti InsyaAllah turn aku plak belanja doakan rezeki aku yer...
Thursday, July 24, 2008
Disebalik Tabir
Salam,
Mengapa serikandi? hmmm sebab aku wirawati hehehhe, ada tali pinggang hitam, jangan main-main yer :)
Mengapa serikandi? hmmm sebab aku wirawati hehehhe, ada tali pinggang hitam, jangan main-main yer :)
Subscribe to:
Posts (Atom)