Tahun ini Aidil Adha aku sambut di kg arwah embah (sebelah mak) di Chenderong Balai. Meriah jugaklah pakcik2 dan makcik2 berkumpul sama-sama bakar lemang, anyam ketupat, masak rendang, lontong alahai kiranya makan-makan sedunialah hari tu.... Sepupu2 aku ramai yg moder baru berusia 50 hari dan yang paling tua dalam 35 hehe, Maklumla Arwah embah lanang kawen 3. Seronok bila bertemu semua. Tapi seperti biasalah kakang ku dan adik bongsu tak dapat bercuti, deme keje kat restoren fast food nasib daaa........
Wednesday, December 10, 2008
Friday, November 28, 2008
Happy Hour
Wednesday, November 19, 2008
Tuesday, October 28, 2008
366 Hari....
Tarikh keramat 27102007 @ 9.00 pm detik yang mendebarkan, dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi seorang isteri... Alhamdulillah majlis itu berjalan seperti di rancangkan.
Friday, October 17, 2008
Syawal ini...
Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri 1429 khasnya buat teman2 yang jauh di mata namun tetap dekat di hati..... Kesempatan ini aku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang ter atau yang sengaja.. Aku nih kekadang laser semacam gak.. mahaplah yer....
Cerita pasal syawal sekian kali nih memberikan aku dua suasana yang berbeza, yang indah dan juga sedih... Buat pertama kali aku berhari raya sebagai seorang isteri, sungguh manis saat-saat indah ini dan Syawal pertama kami berhari raya di kampungku... bertambah manis aku... hahahhaa.
Namun, Syawal ini juga aku menyambut tanpa insan bergelar ayah. Ayahku telahpun kembali ke rahmatullah pada 12 RabiulAwal yang lalu... Terkilan juga kerana beliau pergi tanpa aku ada di sisi, tiada sakit dan tiada tanda-tanda.... Buatmu Bapak, mudahan ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah sayangi.......
Subscribe to:
Posts (Atom)