Wednesday, November 19, 2008

Lumrah

Semakin kita dewasa, semakin ramai orang kita kenal dan semakin kecil dunia ini... betulkan?

Tuesday, October 28, 2008

366 Hari....

Tarikh keramat 27102007 @ 9.00 pm detik yang mendebarkan, dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi seorang isteri... Alhamdulillah majlis itu berjalan seperti di rancangkan.

Friday, October 17, 2008

Syawal ini...

Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri 1429 khasnya buat teman2 yang jauh di mata namun tetap dekat di hati..... Kesempatan ini aku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang ter atau yang sengaja.. Aku nih kekadang laser semacam gak.. mahaplah yer....
Cerita pasal syawal sekian kali nih memberikan aku dua suasana yang berbeza, yang indah dan juga sedih... Buat pertama kali aku berhari raya sebagai seorang isteri, sungguh manis saat-saat indah ini dan Syawal pertama kami berhari raya di kampungku... bertambah manis aku... hahahhaa.
Namun, Syawal ini juga aku menyambut tanpa insan bergelar ayah. Ayahku telahpun kembali ke rahmatullah pada 12 RabiulAwal yang lalu... Terkilan juga kerana beliau pergi tanpa aku ada di sisi, tiada sakit dan tiada tanda-tanda.... Buatmu Bapak, mudahan ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah sayangi.......

Saturday, September 20, 2008

Mode Raye

Raya dah semakin hampir, ni yang aku makin menjauh dari kesibukan kerja.. timeline sini timeline sana.. projek dah nak roll-out tapi mode kerja menjunam..... itulah aku rasa semua orang pun camtu gak dah malas nak g kerja.....

Sekarang ni aku dok sibuk bikin biskut raya dengan pakar hehe mak men aku... alhamdulillah banyaklah aku ter expose dengan cara membuat biskut. Kalo komer nak rase hasil keringat aku tur jangan lupa singgah umah teman yer...

Bab shopping belum layan lagi fulus baru mashuk kena buat bajet dulu takut lepas sehari raya aku sangap. Maklumlah la nih semua barang mak oii mahal bebenor... memang terasa ekonomi negara mengalami kadar inflasi yang tinggi berikutan dengan indeks harga pengguna meningkat lebih 20%.. eh apa plak aku melalut nih...

Pesanan ikhlas aku beringat sebelum berbelanja berjimat sebelum tiada...

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Setiap kali musim Ramadhan, perkara yang aku suka search kat Internet hehe resepi. Nak masaknya tak tahu lagi tapi semua resepi aku simpan haha. Tapi memandangkan harga makanan kat Pasar Ramadhan (PARAM) mahal gile so aku ambil keputusan untuk masak di rumah. Jimat dan berbaloi.. Hehe kenapa aku kata cam tu??
Di sini aku beri tips camna nak dapat lebih menu... Semalam aku masak satu jenis kuih dan dapat dua jenis, sonangja kome buat satu juadah then berilah kat jiran tetangga hasilnya akan dapat satu lagi jenis hehe... kalo nasib baik boleh lebih dari tu.. kan ker jimat :)
Belum apa-apa aku telah berbelanja untuk langsir raya hehe, so kalo komer nak tgk datangla beraya umah aku hehehe.