Saturday, October 31, 2009

Majlis Kawen

Tgh tadi sempat menghadiri majlis perkahwinan sepupu En. Suami di Seremban. Majlis pihak perempuan telah diadakan pada minggu lepas.. Dapat orang Perak juger.. bertambahlah kerabat teman yer... Makanan kenduri tadi agak sedap kira puas hatilah, itu yang terpaksa buat 2nd round hahaha... di tambah dengan cuaca yang tidak terlalu panas.. menyenangkan tuan rumah dan para tetamu :).

Pasangan yang diraikan sangatlah sweet gitu... Semoga perkahwinan mereka kekal dan bahagia ke akhir hayat serta dikurniakan anak-anak yang comel seperti mereka ini. :))



Pasangan ceria


Mak Men teman tengah menepung tawar

Kek pengantin nih sedap perisa cokelat

Sempat lagi menyanyi, Sporting giteww


Thursday, October 29, 2009

DOUBLE CELEBR8ION

Alhamdulillah baru lepas dinner sempena 2nd Anniv. and Hubby's Big Day. Adik ipar sponsored Cheesychoc and Mak Men jamu Bihun Sop Tulang.... Enak Bangat..

Untuk En Suami, Happy Birthday Moga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di Rahmati Allah. I'll Always With U... Hadiah seperti yang dijanjikan tungguuuuuu









p/s:- La nie tidak dibenarkan mengupdate blog waktu Office.... :(

Tuesday, October 27, 2009

2 Years Already

Alhamdulillah, Thank You Allah

Thursday, October 22, 2009

Kampungku Sudah Berjaya....


Lama juga bersawang blog aku nih.. Banyak betul peristiwa menduga dan mencabar akal dan mindaku.... Mudahan tuhan kuatkan kesabaran dan keimanan (ku) dalam menempuh ujian... Aku akui tidak ada manusia yang sempurna, Tidak ada manusia yang lepas dari melakukan kesilapan cuma... sekiranya diberikan peluang kedua untuk kembali ke pangkal jalan... Rebutlah sebaik-baiknya.. kerana tidak semua manusia mendapat peluang itu... Mudahan hari ini lebih baik dari semalam... Dan Hari Esok bertambah baik lagi........ Ops terjiwangle plak....

Oh ya.... Minggu lepas sempat menjenguk orang tua di kampung, rupanya dah nak musim buah... Lebat jugak pokok Rambutan ngan Cempedak mengeluarkan hasilnya... Maklumlah dah setahun lebih merajuk. Kalo zaman budak sekolah, aku paling suka musim buah rambutan.... makan sampai lebam hahaha.. Seronok dok kampung nih kurang tekanan.. kurang pencemaran.... tapi apa nak buat dah punca rezeki kat kota... Tapi itulah sekali sekala balik kampung inilah nikmatnya....



Ni pokok yang tak ikut musim suka hati jer nak berbuah



Buah Cempedak yang mak aku kata lagi sebulan nak masak




Ni buah yang ku tunggu-tunggu walau belum merah semua yang kuning aku dah kebas..

Wednesday, October 7, 2009

Ringkasan...

Emm Banyak citer nak update dari hari-hari terakhir ramadhan hinggalah hari ini.. Ada yang gumbira, sedih, terharu.. letih pun ada.. macam-macam adalah... tunggulah nanti akan ku update jugak....