Wednesday, June 17, 2009

SORE YANG BENING

Betul ker turrr.. Selamat Sore temen-temen.... Dah petang gini baru nak post n3, 2 -3 harini tak ada yang menarik gitu... cuma aku ngan en suami menghabiskan masa lepas keje dengan tgk rancangan The Biggest Loser. Berkobar-kobar semangat nak menurunkan berat hahaha... Agak-agak komer boleh tercapaiker hasrat teman itu??

Nak naik senang nak turun aduhai... jenuh nunggunya... bersenam-senamlah jugak agaknya lepas senam menuju ker Seri Kemudi itu yang tak mahu.... Oklah tuan/puan semua teman berikrar dalam sebulan mulai mingu nih teman tidak akan makan roti canai dan teh tarik lagi... habisla semangat serikandi teman dah datang kes kes kes........

Wednesday, June 10, 2009

Mastan Ghani...

Ada korang tau apa aku nak citer pasal Mastan Ghani...

Emm dia nih dah lama ada, sebelum aku lahir lagi dah ada banyak keturunan pun sekarang... tapi kalo nak pekena aku tetap ngan dia jugakla. Akupun tak tahu apala yang semacam jer bila ngan dia bak kata en suami ada 'something' hahaha baru tau... hari tu orang ajak buat tak endah je... la nih.. dah tau rahsia asyik teringat jer....

Senang jer nak carik Mastan Ghani nih betul2 kat Bandar Tk Intan. Kalo dari Perpustakaan Awam Negeri Perak tur terus jer dan nampak deretan kedai makan ngan kedai gunting rambut belah kanan jumpalah Mastan Ghani Nih. Gerai dia Buruk jer tapi pelanggan datang tak putus-putus...

Apa yang Mastan Ghani ni ada yang selalu pengunjung akan datang lebih dari sekali.. rahsianya ialah Mee Rebus dan Rojak yang istimewa serta cendol yang asli memang lain dari yang lain.. aku selalu order mee rebus kuah campur (kuah mee campur ngan kuah rojak) memang enak..

Betullah en suami memang ada 'something'. Bolehla balik Teluk intan selalu :)...



Bulan depan kena layan lagi nih...

Tuesday, June 9, 2009

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Tengah hari tadi dapat emel dari seorang sahabat, Kak Effa mengirimkan emel yang bagus untuk dicontohi. Oleh kerana pesanan dan peringatan itu sangat baik maka aku postkan ke n3 ini untuk tatapan kalian... semoga menjadi tauladan kita semua InsyaAllah.

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati

Monday, June 8, 2009

Majlis Kawen Sini Sana Situ

Semalam kat kampung penuh dengan jemputan kenduri, dekat ngan umah aku jer ada 2 jemputan, kampung sebelah ada 2 jugak tapi idak larat nak pi :). Sehari sebelum kenduri aku g rewang umah jiran aku nih. Pertama kali menyertai.. biasanya ahli rewang nie jiran2 dekat dan sanak saudara. Seronok rupanya sebab sambil buat keje sambil sembang2 sedar2 keje dah siap :) di samping dapat mengeratkan silaturrahim. Biasalah hidup berjiran kalo kat KL buat haluan masing2.. Alahai teringat plak jiran umah yang baru lepas bersalin teman idak melawat lagik... ish ish ish. Bila balik keje jer dah malam.. weekend plak teman tak lekat kat umah camno tur??

Citer pasal rewang tadi.. pertama kali aku dapat tengok dan balut sendiri kuih koci... alah yang inti kelapa luarnya tepung pulut dibalut ngan daun pisang dan dikukus pastu makanlah heheh... enak... Selain itu kuih tradisi masyarakat jawa yang mesti ada kalo majlis kenduri ialah kuih gemblong. Aku tak sempat pun turut serta dalam pembikinan kuih tersebut tapi yang di beritahu oleh makcik rewang ianya diperbuat dari pulut yang dikukus, dicampurkan dengan kelapa parut yang telah digarami, kemudian ditumbuk menggunakan batang tebu... mm unik bukan??


Gambar agak samar-samar gitu....

Friday, June 5, 2009

N3 Tak Cuti Hari Jumaat

Jumaat, 5 Jun 2009 bersamaan 11 Jamadil Akhir yang kebanyakan syarikat memberikan cuti kepada pekerja sempena Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong esok dan juga sempena Cuti sekolah dan seterusnya majlis kawen sana sini.

Datang kerja punyalah tak ada mood (apesal opis aku tak kasik cuti huhu...) tu yang lewat sampai tapi balik nak sharp.. Udahla ramai kawan2 office bercuti.... Tapi tak apa aku pun tak sabor nak tunggu malam teman nak balik ke menara condong udah melambai-lambai kang lagi lama lagik condong plaks...

*gambar teman cilok dr Internet. Tk.

So selamat bercuti kepada kawan-kawan semua, yang balik kg berhati-hati di jalanraya dan yang berkahwin semoga berbahagia ke akhir hayat. Yang solo.. teruskan usaha mencari :)

Monday, June 1, 2009

Sempena Majlis Kawen Pn Nor Azlina

Memang nak masukkan event ini dari minggu sudah, Majlis perkahwinan Ina dan pasangannya telah berlangsung pada 23 Mei 2009 di Felda Jengka 19 tetapi gambar dari tuan punya diri tak dapat lagi so tangguhkan dulu n3 itu. Inilah antara gambar-gambar mereka. Semoga Mahligai bahgia yang dibina kekal hingga akhir hayat. Tahniah diucapkan...

Majlis Akad Nikah


Pn Ina dan pasangannya..

Apa yang nak aku citerkan ialah sebenarnya pasal ikan patin hehe. Lepas jer menjamu selera di rumah pengantin Pn Ina nie teman ngan hubby meneruskan perjalanan ke Pekan Temerloh, apa kami cari haha... itu yang kita nak bagi tahu :). Kami menuju ke gerai tepi sungai mencari gulai tempoyak ikan patin yang sedap di Gerai Lurah Semantan Temerloh yang dikatakan oleh Pn Ina dalam n3 Januari 2009. Memang nasib kami sangat baik sebab gerai yang dikatakan sedap itu masih bukak dan tetap ramai orang. Apa lagi.. memang dah simpankan ruang perut untuk menu itew. Memang world rasanya dan Ni LAh hasilnya..... dah habis baru teringat nak tangkap hahah.. selalu camgitu...
Licin seh..... Alhamdulillah