Thursday, January 20, 2011

Ada Apa Dengan Hari Ini..

Hari ini off tempat aku keje so kejelah seperti biasa tapi lagi ok sebab tiada gangguan dari peminta maklumat.. legalah sikit kalo tak memang tak sempat nak jengok my blog... ececeh camlah buzy sangat... kalo tak buzy pun jarang la ni nak buat new entry pasal dok terkasima dengan en FB.


Sekarang pun memang dah tak bleh nak berFB di off.. ditanggung haram hehehe melainkan guna berokband sendiri... ada baiknya kalo dak susah emel nak masuk.. tersangatlah lembab siput pun lagi laju!!


Hari ini besdei kawan lama merangkap kawan dari kecik hingga besor,,, walaupun hang tak baca blog aku nih, aku tetap dedikasikan ucapan "selamat menambah lagi umur, ko tetap kiut seperti selalu dan mudahan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat"

Dah.............

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Dah 3 hari kita menempuh tahun baru.... Seperti biasa azam lama masih diteruskan... Harapan semoga dipermudahkan segala urusan, bertambah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, lebih banyak cash di tangan untuk aktiviti shopaholic hehe.... dan semoga tahun 2011 ini memberikan sesuatu yang istimewa.....

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah

Kehidupan umpama wayang..... dan pelakonnya adalah aku, kau, mereka, dia dan yang seangkatan dengannya..... ada yang membawa watak jahat, baik, tengah2 dan... apa pula perwatakan kau... pewatakan aku.... hanya orang terdekat yang tahu....

Perlukah kita kekal dengan watak2 itu dari mula sampai akhir???

Hijrah.. hayatilah erti perjuangan dan pengorbanan...

Thursday, October 28, 2010

Raikan Cinta


Tajuk tak kalah macam judul lagu apa-apajerlah.... salam u all..... ahkak teramat buzy.. walau cemanapun kena sapu sawang sikit umah maya aku nih... lama benor idak update. Banyak bender nak citer tapi mandangkan masa tidak berapa rela untuk teman berlama-lamaan di sini so aku hupdate mana yang penting ajer..

Semalam adalah hari bersejarah buat aku dan en suami... 'Selamat Ulangtahun ke-3 pernikahan kami' tak ada sambutan rasmi tapi kek tetap di hati acara wajib sempena hari peristiwa. Alhamdulillah mudahan ikatan perkahwinan yang dibina bertambah kukuh dan saling faham memahami.... Mudahan bertambah2 rezeki kami dan mudahan dikurniakan cahaya mata dan kesihatan yang baik. Ameen..

Esok pun adalah hari penting.... kiranya double celebration dalam bulan Oktober nie. Esok adalah Besdei En. Suami... Rasanya nak bagi hadiah apa ek?? kawan2 ada cadangan? En Suami peminat No. 1 F1 tapi tak mampulah teman nak beli Kereta Ferrari hehehe....

Oklah sebelum teman cau... esok adalah hari cuti-cuti malaysia kita orang, acara wajib jugak tiap2 tahun... eh gua pun ada kalendar tahunan okey... ingat budak sekolah jer ker.... doakan perjalanan kami selamat yer. tata.....

Thursday, September 30, 2010

Kembali Terjalin..

Aktiviti makan-makan lewat malam telah bermula kembali. Kali ini aku teringin sangat makan roti canai garing. En suami macam biasalah order roti tisu.. tapi sebelum hantor roti tisu yang betul mamak tuh dengar salah diingatnya roti susu hahaha...

Kebetulan pulak ada mamat hensem masak char koew teow kat tepi kedai mamak nih... apalaga orderlah satu... memang marvelous... cukup sifat dan sedap.. udangnya boleh tahan segar....

Oh mesti nak tau kat mana ek.. kat seksyen 15, BBB.Malam2 memang happening... lepas tuh ada macam bender yang boleh sedut2 wangi2 tuh.. macam kat arab jer.. eh itu halal ker???