Tuesday, October 28, 2008

366 Hari....

Tarikh keramat 27102007 @ 9.00 pm detik yang mendebarkan, dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi seorang isteri... Alhamdulillah majlis itu berjalan seperti di rancangkan.

Friday, October 17, 2008

Syawal ini...

Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri 1429 khasnya buat teman2 yang jauh di mata namun tetap dekat di hati..... Kesempatan ini aku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang ter atau yang sengaja.. Aku nih kekadang laser semacam gak.. mahaplah yer....
Cerita pasal syawal sekian kali nih memberikan aku dua suasana yang berbeza, yang indah dan juga sedih... Buat pertama kali aku berhari raya sebagai seorang isteri, sungguh manis saat-saat indah ini dan Syawal pertama kami berhari raya di kampungku... bertambah manis aku... hahahhaa.
Namun, Syawal ini juga aku menyambut tanpa insan bergelar ayah. Ayahku telahpun kembali ke rahmatullah pada 12 RabiulAwal yang lalu... Terkilan juga kerana beliau pergi tanpa aku ada di sisi, tiada sakit dan tiada tanda-tanda.... Buatmu Bapak, mudahan ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah sayangi.......